Tuesday, April 25, 2017

Cuti pertabalan

Assalammualaikum semua...

Erm...today bukan Monday blues ek tapi naper ada rasa macam Monday blues pulak ni 😞

Agaknya dah lama tak dapat cuti panjang (walaupun 3 hari) kot, otak belum beri bekerjasama lagi. Tapi bila dah sejam dua mengadap laptop buat kerja macam biasa dan akhirnya dah boleh digest segala maknek kerja2 office. Iolsss is jeles la dengan orang yang dok keje dekat Kedah, Negeri Sembilan dengan Perlis ni...jeles sangat tau 😝

Bersempena hari cuti semalam, saya dapat jemputan kenduri kawin di Seremban. Zaman sekarang kenduri kawin tu dah tak tetap pada hujung minggu tapi asalkan ada je cuti walaupun tengah minggu, ada je orang buat kenduri kawin kan. Bagus jugak saya rasa sebab takdelah asyik nak bersesak2 on weekend saja sampai berebut tarikh, ye tak. Macam majlis semalam, still ramai tetamu yang datang...tambahan pulak tarikhnya bersambung dengan weekend jugak. Maybe pasangan pun nak ambik berkat sempena hari pertabalan kot 😤

Cuaca di Seremban semalam adalah sangat panas. Mujur majlis buat dekat dewan yang berhawa dingin, tak kalu...lenjun jah. Antara pilihan lauk saya, ada banyak lagi pilihan lain tapi ini je yang terasa nak makan. Maybe perut kenyang lagi sebab sarapan pagi sebelum tu agak heavy.

Cendol songkok tinggi ko...memang tak tolak la 😥

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknyaaaaaaaaaaaaaa

JAMIL HASHIM said...

SINGGAH

https://belogsjm.blogspot.my/2017/04/before-now-forever-httpthefeminiseblogs.html

Warisan Petani said...

Tuesday blues lah tu.

IQ = Iez Qis said...

fuhh, akhirnya dapat juga letak komen di sini, kalau tak, link ape yang keluar tiap kli IQ klik post a comment

sedapnye, mintak sikit!

Azian Elias said...

penangan semalam cuti lah kan.