Saturday, April 15, 2017

Muffin Lemon

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah hari ini saya berjaya berpuasa ganti. Ya, memang saya berniat nak ganti puasa pada hujung minggu yakni waktu bercuti di rumah...lebih santai dan senang nak berehat tido ke hapa kan. Masih ada lagi beberapa hari hutang puasa yang tidak berganti, inshaAllah akan cuba dilunaskan sebelum menjelangnya Ramadhan tahun ini. 

Hari ini niatnya nak buat muffin lemon untuk juadah berbuka, kan bagus kalau ada manisan ketika iftar. Meh intai resepi...

185gm butter - suhu bilik
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 biji telur 
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1/4 cawan jus lemon

Pukul butter, 3/4 cawan gula dan parutan kulit lemon sehingga rata dan pucat. Masukkan telur diselang seli dengan tepung naik sendiri dan masukkan ke semua tepung, kacau rata. Selepas sebati semuanya, masukkan adunan ke dalam loyang muffin dan dibakar selama 50-60min. Campurkan 1/2 cawan gula dengan jus lemon dan larutkan. Sapukan ke atas muffin ketika masih panas lagi. Ataupun boleh je taburkan gula kastor di atas muffin sebagai pengganti lemon glaze.

Inilah juadah berbuka saya hari ni bersama suami.

No comments: