Saturday, April 29, 2017

Saturday update

Assalammualaikum semua...

Hujung minggu yang sejuk lagi dingin. Seronok hujung minggu ni, dapat cuti extra lagi sampai hari Isnin...Labour Day. Pekerja2 buruh macam saya ni memang perlukan cuti macam ni, baru terasa diri begitu dihargai gitew 🙆

Sempena cuti 3 hari, 2 ahli keluarga saya pergi holiday sama. Ada yang ke Melaka dan ada jugak yang ke Kuching. Happy for them, happy for me too...dapatlah ole2 nanti 🙈 

My sista yang sulung ke Melaka dengan anak2 pempuannya. Anak lelaki duduk jaga rumah 🙉

dapat gambar ni petang tadi, diorang dinner ikan bakar di Sg Duyung. suruh diorang pegi awal sikit sebab nanti mesti ramai orang, kalau dah ramai tu paham2 sajalah...semua benda jadi lambat, kena tunggu lama

 even sampai about 7pm pun dah mula Q panjang untuk nak pilih ikan, tapi waktu ni mereka dah dapat meja

My bro pulak ke Kuching Jumaat lepas. Pagi tadi update makanan yang mereka makan dekat sana...

 kuih sarawak katanya, tapi tak tau nama

mee kolok goreng, tak pernah rasa lagi ni...biasa makan yang ada kuah tu

Seronoklah mereka jalan2, budak2lah yang paling seronok pun. Tak habis2 budak2 tu update dalam IG memasing 🙊

No comments: