Tuesday, April 18, 2017

Score Run 2017

Assalammualaikum semua...

Dated: 09th April 2017
Venue: Berjaya Times Square, KL
Time: 5.30am
Catagories: 21km, 12km and 6km

Race kit saya ambik di organizer office since saya dah terlepas tarikh collection yang sebenar. Collection planned earlier 2 weeks before race date, itu yang saya tak notice. Bila dah 1 week before race day baru nak check about race kit collection date. Not so hassle, dah memang salah sendiri kan 🙋 

Flag off for 21km is at 5.30am tepat. Seawal 5.00 saya dah sampai, kira lewat jugak tu sebab keluar rumah pun about 4.30am. Dekat katanya macam tu la, kalau jauh tu pandai pulak keluar lagi awal. Tempat pertama saya tuju adalah drop bag counter dan selepas itu baru cari toilet. Banyak portable toilet disediakan tapi disebabkan ramai runner still kena beratur jugak.

Route agak mencabar, banyak turun naik bukit sepanjang perjalanan. Sangat2 mencabar dengan cuaca yang panas dan tidak berangin. Route bermula dari Berjaya Times Square (BTS), melalui Jln Dewan Bahasa, Jln Maharajalela, Pinggiran Tunku, Jln Langak Tunku, Jln Kuching, Jln Sultan Ismail, Jln Imbi dan balik semula ke BTS.

Hanya 6 water station disediakan dan saya berhenti di setiap water station yang disediakan tu. Seyes, memang sangat dahaga dengan cuaca agak kering tanpa angin. Tiba2 rindu pulak nak lari dalam hujan, walaupun baju berat lencun dengan air hujan tapi sekurang2nya tidaklah panas sangat 🙌 Tempat solat disediakan di Masjid Negara. 


Done my run in time but tersasar sikit dari record lama. Sedih la sikit tapi dah itu je yang termampu saya buat. Punya dahaga sangat, masa nak Q ambik finisher tee pun saya singgah minum air 2 cawan lagi. Ishhh this time lari memang panas betul, dahaga sepanjang masa 🙍 

Medal ke 4 this year

Official result saya, done in 02:28:47 and ranking ke 63/296 in category. Boleh lagi suami cakap "kenapa teruk sangat result u kali ni", ko ngase menusuk ke tidak kata2 dia ni. Sentap hakak tau 🙎