Thursday, April 6, 2017

Sup perang boswana

Assalammualaikum semua...

Beberapa minggu yang lepas saya sempat menyediakan satu jenis sup ni dan makan bersama roti. Memang saya dan suami suka makanan macam ni, selain dari mudah penyediaannya +  tak perlu banyak benda nak sediakan +healthy gitu. Cuma makan sup dengan roti, kan simple dish tu. Sup yang saya maksudkan adalah sup perang boswana. Meh tengok resepi di bawah 😘

Roti - ikut suka nak jenis yang mana
Mentega
Bawang putih - dicincang
Sedikit garam

Mentega disatukan dengan bawang putih dan perasakan. Bila dah sebati, sapukan pada roti dan toast. Kalau malas jugak nak buat, beli saja garlic butter spread tu 😜 

Bahan2 sup;
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dicincang
Fresh milk
Lada hitam 
Sos perang
Lemon 

Saute bawang merah dan bawang putih. Naik bau, masukkan fresh milk, lada hitam yang dah di tumbuk sedikit dan sos perang...biar sehingga mendidih. Selepas itu perasakan dan biarkan lagi sehingga sup menjadi agak pekat. Selepas itu baru masukkan perahan lemon dan boleh dihidangkan bersama roti tadi.

Malam ni suami request nak makan sup ni lagi. Since senang nak sediakan, isterinya OK je 😝

1 comment:

Anum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa