Monday, May 29, 2017

3rd Ramadhan - Episode akhir menyambut menantu

Assalammualaikum semua...

Sampailah sudah ke episode akhir menyambut menantu, hambik ber episode sudahnya kan. Tapi happy sangat sebab akhirnya habis jugak cerita ni, dah malas sebenarnya nak update tapi dah mula entry tak syok pulak kalau tergantung atau ditinggal terus...jadi kita teruskan jugak hingga ke akhir 😾

Terus saja la ye...

All guys in familys, mereka ni kena duduk dekat khemah tetamu dekat belakang coz gate masuk ke dua di situ. Kena buat 2 pintu masuk which is satu depan dan satu lagi di belakang. Tapi masa balik tetamu kena jugak ikut depan sebab tuan rumah ada di khemah depan.

All girl in familys, kami kena berjaga di khemah hadapan bersama tuan rumah jugak. Tukang bagi door gift, kotak untuk angpau salam kaut semua kami yang jaga. Yang makcik2 pakcik2 pulak duduk beramah mesra dengan tetamu di bawah khemah. Semuanya kakak dah susun dan masing2 ada tugas masing2 jugak untuk nak pastikan semuanya berjalan lancar. 

Budak2 pulak cuma 2 tempat je mereka tuju, kalau tidak ke candy booth mesti diorang dok sibuk dekat photo booth bergambar. Tak pun dekat pelamin area coz sejuk ber aircond. 

Tapi yang guys ni bukan boleh percaya sangat, buktinya...↑. Kerja tak habis lagi tapi dah curi tulang, sempat layan karok la, makan minum berkali2 lah.

theme color our family this time, dusty peace

perantin in maroon 

Jangan nak kecam hakak ye, bagi chan sikit hakak nak anje2...bukan senang pun tak tengok aksi terlebih mesra hakak ni tau.

Oklah, pasti ada yang perasan yang baju2 sepanjang full majlis perkahwinan anak buah saya ni ada yang serupa. Yes, kain semuanya adalah sama setiap majlis untuk setiap ahli keluarga kami dan semuanya di beli di Bandung. Kecuali untuk baju melayu, kainnya kami cari di Jakel sahaja. Untuk majlis ini, saya dengan suami sediakan 3 pasang baju mengikut theme color yang dah ditentukan. 

Acara akhir sebelum tanggal kain baju ni, melaram di pelamin. Lepas tu terbang dah semuanya, yang saya tau lepas tu terus je makan sebab dah terlampau lapo.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

meriah

IQ = Izyan Balqis said...

suke kaler peach ni, lembut je, meriah majlis sambut menantunya.

selamat menyambut ramadhan =)