Monday, May 8, 2017

Ambik buah

Assalammualaikum semua...

Monday blues katanya, tapi jangan layan ye...buat macam biasa sudah. Kalau ikutkan mata ni nak je dilayan tido semula 🙊

Tak ingat minggu bila dah saya dengan 3 beradik yang lain balik ke Kemaman untuk ambik buah. Harapkan adalah durian dekat dusun Lenggeng tahun ni tapi agak kecewa sebab tak jadi pulak ini kali. Kalau ada sikit bunga durian tu pun habis jadi mangsa beruk. Nak buat macam mana, tunggu durian Terengganu la nanti kalau ada. Tinggal lagi yang tidak mengecewakan adalah duku langsat, sedang berbuah lebat masa ni. 

Nak masuk kebun ni tak boleh gunakan kereta biasa, hanya 4XW saja sebab jalannya huaiiiiii baiklah jangan bawak kereta cantik2 tu. Dah lama kereta ni berjasa, sejak dari awal kebun ni di beli lagi...dah lebih dari 10 tahun.

Salah satu pokok yang sedang banyak buahnya tapi jangan focus pada buah tu...cuba cari barang tersembunyi. Nak ikutkan bukan barang tersembunyi tapi orang tersembunyi 🙈

Itulah my sister, orang yang dibesarkan di kampung macam ni katanya. Setakat pokok duku langsat yang banyak cabang ni sap2 soi je. Tapi macam orang yang dibesarkan di pekan kecik macam hadeknya ni, pandai sambut buah dari bawah pokok tu pun dah cukup bangga rasanya 🙋

No comments: