Tuesday, May 9, 2017

Berita sedih

Assalammualaikum semua...

Saya dan suami menerima perkabaran sedih pagi tadi, Perkabaran yang pada perasaan saya boleh di duga akan terjadi dan yang pasti ia benar2 terjadi. Isteri kepada kawan suami saya telah kembali ke rahmatullah tepat 5.00am tadi. Suami mendapat panggilan telepon dari kawannya. Suami tak terus kejutkan saya walaupun dalam mamai2 tu saya masih dapat mendengar perkabaran tu. Ketika pagi tadi sedang siap2 nak solat subuh, baru suami bagi tau saya.

Sebelum itu jugak ada kawan suami call, about 3.ooam dan masa itu suami baru je terlelap. Kawannya informed that arwah isterinya ketika itu sedang nazak dan badan tidak lagi respond pada ubat yang diberikan. Terus menerus selepas itu suami saya tidak dapat tido dan hanya lelap selepas dapat panggilan ke dua, 5.00am tu. 

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan. Hargailah setiap saat yang kita ada dengan orang yang menjadi jodoh kita itu. Kita tak mampu menyelami perasaan orang yang mengalami kehilangan seperti ini melainkan kita melaluinya sendiri. 

Agak terkilan, saya masih belum sempat menemui dan berkenalan dengan arwah masa hayatnya masih ada. Kenal suaminya pun adalah 2 kali tapi he is close-friend to my husband. Kawan susah senang menangis gembira bersama gitu, but it's reality.

Semoga kawan suami tabah menghadapi kehilangan ini dan semoga rohnya bersama orang2 yang dikasihi Allah SWT.  

Kita sambung semula kisah majlis perkahwinan anak saudara saya. Kali ni majlis di sebelah keluarga saya, belah lelaki. Majlis menyambut menantu ini diadakan pada hari Sabtu tapi semua adik beradik dah dikerah balik pada hari Khamis malam lagi. Jumaat pulak dipaksarela ambik cuti. Kakak saya tu kalau dah keluar kuasa veto dia...tak boleh kata tidak 😁

Abok (kucing di atas) menghayati saat2 lepas bebasnya sebelum dikurung selama majlis berlangsung 2 hari.   

Mini pelamin telah di pasang pada Khamis pagi. Asalnya perantin tak nak ambik pelamin sebab ini cuma majlis bertandang tapi saya dan suami beria nak ada pelamin jugak, barulah rasa macam kenduri kawin kan 😂

Kami sepakat untuk spondor pelamin perantin ni, sewa pelamin je...taklah mahal sangat. Yang penting nanti cantik kalau nak bergambar kan.

Khemah jugak telah dipasang pada petang Khamis hari yang sama. Alhamdulillah semuanya dipasang lebih awal dari hari perjanjian. Kerusi dan meja pun dah di susun tepi, Jumaat saja baru dipasang dan semua kereta dah tak boleh parking dalam kawasan rumah. Mujur ada tanah lapang sebelah surau yang boleh muatkan semua kereta2 keluarga kami. Leceh nak parking tepi jalan coz nanti tetamu pulak takde parking...tuan rumah dah bolot parking dekat2 rumah 😃
  
Ruangan veranda ini nanti akan dijadikan kawasan photo booth dan candy booth. Itu yang bulat2 adalah meja dan kerusi untuk yang di bawah khemah. Tempat motor tu pulak dijadikan kawasan teh tarik & bubur corner. Karok booth dekat gazebo tapi takde pulak dalam gambo 😄

Anak2 sekolah saja boleh balik hari Jumaat lepas habis waktu persekolahan, memang saiko habis kalau my kakak suruh budak2 sekolah ni ponteng hari jumaat tu 😅

3 comments:

Anum said...

singgah sini

Warisan Petani said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Wa said...

Alfatihah..... ajal kita ntah bila la kan....