Saturday, May 20, 2017

Sabtu...

Assalammualaikum semua...

Sabtu tiba lagi. Sabtu minggu depan inshaAllah kita dah masuk Ramadhan, seronoknya la hai. Ramadhan ni perasaanya lain kan, seronok tu berpanjangan sampai menjelang hari raya. Diharap Ramadhan tahun ini memberi keberkatan untuk kita semua.

Sebelum terlewat, selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak berapa lama je lagi. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan nanti berkekalan sehingga Ramadhan yang seterusnya...insyaAllah 😤

Plan nak balik Seremban tapi tak jadi sebab ibu mertua nak buat kenduri arwah Ahad nanti. So hari ini spend masa dekat Kg Baru tolong apa2 yang patut untuk kenduri tu nanti. Sebelum ke Kg Baru, saya dan suami singgah makan dulu pekena cendol, paneh berdenting pulak hari ni.

cendol biasa


bila dah order cendol, susah nak pisahkan yang ini...maka rojak mee satu jugak 😅

Lepas kenyang baru pegi ke rumah ibu mertua, siaran langsung je buat kerja...tak perlu nak stop untuk makan lagi.

2 comments:

fiza linolie said...

Assalamu'alaikum,
Lama x singgah sini. Apa khabar? Selamat menyambut ramadhan jugak Ann. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua.

Normi Nieza said...

sdapnya cendol