Sunday, May 7, 2017

Sunday update...

Assalammualaikum semua...

Lama betul tak up entry baru, seminggu jugak dari last entry on Sabtu lepas. Reason macam biasalah, kalau dah bekerja ni kan...macam2 hal. 

Bersiaran dari Seremban. Pagi tadi keluar for easy jogging saja sambil teman suami buat brisk walk. Bukan takat suami saja tapi dengan my kakak and abang ipar jugak dekat Seremban 2 lake garden. Hari ini tak ramai sangat orang seperti selalu, parking pun senang nak cari. Dapatlah saya lari about -+5km dan suami about -+3km brisk walk. Dia tengah semangat nak buat exercise, kita support la. Kalau tak nak tu yang susah, buatlah drama swasta macam mana pun, tak dilayannya 😼  

Selepas jogging and brisk walk, always la nak reward diri sendiri kan, terus pegi mamak. Mamak je pun, itu dah cukup memadai 😽

Selepas selesai sarapan pagi, tapau makanan untuk anak saudara di rumah...terus balik. Rehat2 sekejab sebelum mulakan aktiviti memasak untuk lunch nanti. Itu kakak saya la, saya pulak ni ha tengah mengadap email office yang melambak tak terlayan lagi sampai mailbox dah penuh. Better get it clear by today jugak sebab besok dah tak kuasa nak layan email lama sebab yang baru pun tak tau berapa banyak lagi. Sambil2 tu kalau dekat rumah ni boleh la sekali jalan tengok2 blog ek, update entry ke hapa. Tengoklah setakat mana saya mampu buat entry baru. Hari weekdays saya jarang nak update, bukan malas tapi tak sempat nak tengok pun 😾 

Malam tadi singgah mengopi dulu sebelum balik rumah my sister. Ajar kakak join tapi dia nak tengok Gema Gegar Vaganza la pulak, kami proceed je sendiri. Suami still nak makan cake lagi walhal petang semalam saya sempat baking chocolate cheese cake untuk dia. Entahlah, craving cake pulak sekarang suami ni...jangan hakak jemah mengandung sudah 🙀

Order satu cake saja makan berdua, saya ambik sesuap selebihnya suami yang habiskan. Osah mamat ni memang betul2 kemaruk makan kek 🙈

No comments: