Monday, June 5, 2017

10th Ramadhan - Dah mula rasa libang libu

Assalammualaikum semua...

Pejam celik pejam celik, hari ini kita dah almost memasuki pertengahan bulan Ramadhan...terlalu cepat masa berlalu kan uolsss. Masih terasa lagi keseronokkan awal2 Ramadhan yang lepas dan terlalu sayang rasanya nak melepaskan Ramadhan ni. Perasaan setiap kali Ramadhan adalah sangat seronok kalau nak dibandingkan dengan bulan2 yang lain, itu bagi saya 😇 

Persiapan raya tidak ada satu pun yang dah saya sediakan. Baju raya pun takde lagi gamaknya kami suami isteri. Boleh tak kalau puasa je tak payah raya2 ni 😄 Kami cari yang ready made ja sudah la, kuih raya tahun ni kami pakat semangat nak buat sendiri saja...order pun sekarang harga kuih raya kemaen mahai. Bukan tak nak support tapi kami ikut kemampuan kami la, rasa mampu buat kami buat saja. 

Apa yang lebih utama sekarang, tanggungjawab pada diri sendiri, keluarga dan tangungjawab pada kerja. 

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah
selamat berpuasa

Warisan Petani said...

Selamat berpuasa.

IQ = Izyan Balqis said...

tahun ni IQ tempah kuih raya je, kalau buat memang tak masak la jawapnye, si kecik kacau nak buat kuih punya, plus IQ tak reti buat kuih raya. ahhahaha