Wednesday, June 7, 2017

12th Ramadhan - Ramadhan Holiday

Assalammualaikum semua...

Minggu terakhir cuti persekolahan, minggu depan dah mula sekolah di buka. Untung anak2 sekolah tahun ini, 2 minggu cuti sekolah di dalam bulan Ramadhan. Takdelah banyak drama sangat kan, minggu depan bersedialah ibu bapa pada anak2 yang baru nak belajar berpuasa tu...segala jenis drama sebabak akan muncul 😈

Tidak terkecuali dengan anak2 saudara saya jugak. Kalau dah katanya masih sekolah rendah, drama dari sahur sampai berbuka tu mesti ada. Kakak ipar jiwa kental memang tak dilayannya kerenah anak2, bersabar je la korang anak2.

Sekarang ni keluarga abang saya sedang bercuti rehat2 dalam bilik saja di Kuantan. Bercuti dalam bulan Ramadhan takde apa nak buat cuma habiskan quality time dengan berehat sepenuhnya sebelum sekolah di buka semula. Seronoklah mereka dapat merasai suasana Ramadhan di negeri orang, merasai juadah mereka yang dah semestinya ada kelainannya tersendiri. Dapat terawih di masjid negeri lain, berkenalan dengan orang2 Kuantan pulak. Memang seronok la. 

Budak2 yang paling seronoknya pun, duduk hotel asyiklah mintak nak pegi kolam tapi dah ditetapkan masa oleh kakak ipar. Kalau bagi mandi kolam awal sangat, lapar awal pulak budak2 tu nanti. Jadi selepas asar je baru dibenarkan mandi kolam sampai 6pm saja. 

Mereka akan balik Jumaat nanti coz Sabtu nanti inshaAllah kami adek beradek akan balik berbuka di rumah arwah ayah pula. Kena kemas2 rumah tu sebelum raya nanti 😉