Friday, June 9, 2017

14th Ramadhan - Syukur selalu

Assalammualaikum semua...

Semalam received good news from my boss, penambahan generasi dalam keluarganya...alhamdullah rezeki Ramadhan. Now his on leave start from yesterday till this Friday. While his away dan covering by other 'Head'. Segala his billing pun saya dah settle kan semalam jugak, weekend ni kan cuti panjang takut apa2 terjadi susah jugak nanti. Hakak nak balik kampung, tak nak bagi kepala pening pikir pasal kerja dah 😎

Hari ini macam biasa saja kerja di office, keluar by 330pm. Syok la jalan tak jammed lagi even kalau keluar office by 4pm pun cantik jugak cuma bila ada peluang balik seawal 3pm, baik cabut je. Bukan saya suka2 hati nak keluar awal ye, kot ada lah yang berpendapat macam tu kan. Saya memang masuk office awal dan dah start kerja dari 7am lagi. During fasting month ni, waktu kerja diteruskan over lunch hour jugak dan mesti cukup waktu bekerja 8 hours/day. Ikut kiraan dengan jari pun dah terang2 saya boleh balik by 3pm tapi kadang tu terlajak jugak atas sebab2 kerja. Tak cukup tegar tinggalkan kerja demi nak balik awal katanya 😏

Minuman wajib setiap kali berbuka puasa, teh o panas dengan kopi o panas + bercawan2 air suam. Air manis sejuk memang takde kalau dekat rumah sendiri tapi kalau balik rumah kakak memang akan adalah air kaler2 sejuk2 tu. Masa tu aja kalau nak merasa minum pun kan, dah ada dekat mata kot...minum je la 😐

Takde mood pulak nak makan berat2, bosan wo...hari2 makan nasi mee nasi mee. Hari ni saya tukar menu ruji kepada kuih saja. Karipap tadi petang beli dekat bazaar, pisang goreng je goreng sendiri. Abang ipar bagi 5 sisir pisang kapas yang belum berapa masak last weekend. Sekarang ni pisang2 tu dah muka kekuningan, sedang elok kalau nak di goreng. Tahun ini takde rezeki durian, tapi alhamdulillah ada rezeki pisang pulak. Lebih dari 20 tandan dapat di tebang setakat ini dan dijual hasilnya. Suami suka makan pisang goreng dengan kicap cili, mai kita buat sekali 😖 

1 comment:

Anis Azalea said...

Tu kat pulau besar tu makan pisang cecah cili..ngeh ngeh..