Tuesday, June 13, 2017

18th Ramadhan - Gaffe & Co Cafe

Assalammualaikum semua...

Hari ini nak cuba beriftar di cafe pulak, cafe 'hipster' kata kaw. In trend kan sekarang ni, perkataan 'hipster' tu sendiri. Kita ikut jelah perkembangan dan peredaran, nanti dikatakan kita tak up to date pulak. Macam biasa selepas solat magrib baru keluar rumah untuk cari makan, kita iftar jugak lettew...dekat rumah just makan 3 ketul kurna dengan segelas air suam je 😪

Ini bukanlah visit pertama tapi dah berkali datang cuma ini baru pertama kali update dalam entry je, ok memang diakui banyak je tempat2 makan menarik yang saya tak update dalam entry ini, kira ambik dan je mana sempat nak update...kalau tak sempat kita, halalan toiban sajo. Yang seronoknya cafe ini, tempat parking besar luas + ruangan dalam cafe jugak luas mata memandang...ada 2 tingkat tempat untuk duduk, ada indoor and outdoor. Interior cafe dah tentu ala hipster dengan dan structure binaan adalah berasaskan kontena yang diubah suai menjadi bukaan bangunan berupa tempat makan, ada tempat galeri kereta kalau tak salah, dah few business shop di tingkat bawah cafe ni. Senang kata, one stop center gitew 😰 

Cafe ini jugak tak jauh dari rumah iolsss, so senang sikit nak ke sini pun. Terasa macam nak jadi hipster sikit, terus datang cafe ni kahkahkah. Dari tadi dok cerita2 tapi tidak pulak diberi nama cafe ni kan, okay saya dengan suami telah beriftar di Gaffe & Co Cafe tadi. Alasan dah muak nak makan nasi dan tak tau nak masak apa dah tetap menjadi yang utama setiap kali iftar di luar 😳

Cafe2 macam ni kebiasaannya tidak banyak perbezaan antara menu yang disediakan cuma tinggal lagi saya memang suka makan sesuatu yang manis seperti desert. Pilihan pertama saya adalah Chocolate Muffin ni 😵

Jangan risau untuk datang lepak lama di cafe ini kerana kemudahan surau juga disediakan untuk pengunjung2 menunaikan ibadah solat. 

Air putih macam ni tak pernah takde atas meja kami, siap tukar botol 3 kali. Mujur saja budak2 pelayan ni baik2 belaka, setia layan hakak dengan senyuman manis. Jadi port ngetah pun best jugak tempat ni, leh lepak sampai bosan 😸

Salmon Pasta - RM22 - Menu pilihan suami dan dia kata sedap 😹

American Chocolate - RM13

Caramel Macchiato - RM12 (atas) Mocha - RM12 (bawah)

2 comments:

Anis Azalea said...

Tutup jam berapa wakk

Nour Adieb said...

mengancam sungguh American chocolate tu 😍