Friday, June 16, 2017

21st Ramadhan - sakit gigi

Assalammualaikum semua...

Salam Jumaat...

Kita dah berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan, kenapa cepat sangat masa berlalu ni huhuhu. 

Dah 2-3 hari saya tak berapa sedap badan, dedar nak demam pun ye jugak. Ini gara2 sakit gigi, saya ada sebatang gigi yang berlubang punya dalam sampai ke gusi dah. Sekarang ni gusi dekat gigi berlubang tu dah buat serangan bengkak, berdenyut bagai...paham2 je la kalau sakit gigi macam mana kan, lumpuh seluruh fungsi badan. Sekarang ni saya dok telan pain killer bila malam sebab kalau biarkan memang tak dapat tido jawabnya. Bila siang hari, mencabar sangat2. Tak tau macam mana nak gambarkan, tapi memang berserah saja segala dugaan yang ada 🙇

Pagi tadi saya bersahur dengan bubur nasi. Suruh suami belikan malam tadi waktu dia keluar jumpa kawan lepas terawih. Berbuka semalam saya tak makan apa pun kecuali minum air kosong je, mau tak mengigil kelaparan pagi tadi. Suami belikan jugak daging masak kicap, pesan dengan tukang masak tu daging cincang2 bagi halus sikit. Dapatlah saya makan bubur nasi dengan daging pagi tadi, terima kasih suami 🙋

Berbuka tadi macam biasa dekat rumah dulu sebelum keluar untuk dinner yang sebenar. Nak makan nasi ayam saja, senang nak telan. Maklumlah hakak sekarang ni macam ular sawa, semua makanan main telan. Pegi dinner dekat nasi ayam hainan, pilih steam chicken dengan sayur kangkung...makan daun je 🙍

Supper time sekejab ni tadi makan pisang, 2 ulas ni macam berjam nak habiskan. Adoiii memang menderita kalau sakit gigi/gusi ni. Hidup jadi gundah gulana. Lepas raya nanti siap la, nak pegi dental bagi cabut/tampal 🙎

4 comments:

Nour Adieb said...

Awww, sakitnya tu sakit gigi 😱😱😱 Sakit yang kedua tersakit selepas sakit bersalin

Warisan Petani said...

Jawabnya kena cabutlah.

Anis Azalea said...

Dah lama simpan tu..

Aiezza Sue said...

lama juga nak tunggu lepas raya tu Ann...hmmm