Tuesday, June 20, 2017

25th Ramadhan - Bekal moreh

Assalammualaikum semua...

Niat asal hari ini nak ke masjid awal sikit dari biasa, nak dapatkan port baek la kononnya...tepi dinding ke tepi tembok ke kan. Untung2 nanti dapat selelap ke kan kihkihkih. Gambo di atas tu bekal dalam beg sebab saya ni kadang2 bila habis terawih tu perut bukan main lapo lagi. Biasanya saya larat buat sampai 8 je, kalau satu2 masjid tu buat lebih ke tetap saya buat 8 jugak...dah itu je yang termampu dek mata ni bertahan. Kalau dah habis awal tu, ingat nak balik je dah...takdenya nak tunggu moreh bagai. Itu yang kadang2 memang saya bawak bekal makanan sikit, at least boleh makan masa berjalan balik dari masjid. 

Dekat rumah ni saya suami isteri pegi terawih berjalan kaki saja, masjid pun tak jauh sangat dari rumah bolehlah kalau takat basah sikit je ketiak tu. Saja nak encourage suami supaya tak lupa pasal aktiviti berjalan dia tu. Sekarang ni beratnya dah berangsur susut, alhamdulillah satu perkembangan yang bagus. Kiranya dah boleh duduk bersila di lantai, kalau sebelum ni jangan harap la dapat duduk bersila bagai tu. 

2 comments:

ejulz said...

Waaa.. siap ada bekal. Hehee..

Siti Yang Menaip said...

bagus siap bekal.. balik surau terus pengsan hehe..