Thursday, June 22, 2017

27th Ramadhan - Last kerja

Assalammualaikum semua...

Tak sabar rasanya nak balik rumah ayah kejab lagi. Maklum la besok saya dah start cuti raya uolsss. Bak kata orang tu, ni jasad je tinggal ni...roh dah sampai kampung agaknya. Eh ngeri pulak kadang2 tu bila dengar perumpamaan macam ni kan 😌 Uolsss bila start cuti raya...

Menu berbuka tadi, masak mee goreng saja satu jenis. Senang nak kemas dapur sebelum tinggalkan lama. Ada lebihan sikit, masuk bekas makanan...bawak sekali, nanti kalau lapar dalam kereta boleh sambung makan. 

Memandangkan harapan untuk online update entry during raya tu memang akan menjadi angan2 mat jenin...di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah menyusun kata2 sehingga menyakitkan hati yang membaca setiap entry saya. Sila berhati2 sepanjang musim perayaan ini tidak kira di rumah atau di atas jalan raya. Jaga kesihatan, jangan makan/minum berlebihan. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan, ameen.

Akhir kata dari saya dan suami; 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"  

2 comments:

Anis Azalea said...

Selamat hari raya jangan lupa up gambar baju raya k.

Siti Yang Menaip said...

suka mee goreng especially yang homemade.. kalo goreng kat kedai tak gemar sangat heheh..