Wednesday, June 28, 2017

4th Syawal - Puasa ganti day 2

Assalammualaikum semua...

Sekejab saja sama berlalu, hari ini dah masuk Syawal yang ke 4. Saya dah kembali semua ke KeeL, kembali ke rumah selepas beberapa hari ditinggalkan. Tak boleh nak berlama sangat di kampung sebab risaukan kucing2 yang di tinggalkan. Kali ini saya tak hantar kucing2 ke call hotel, nak tengok sejauh mana diorang boleh survive during makpak nya away. Bagi makan minum secukupnya sepanjang 4 hari di tinggalkan. Alhamdulillah semuanya selamat cuma makanan tu habis cepat berbanding air minuman, tapi yang penting sekali adalah air minumannya.

Saya pun dah mula berpuasa ganti sejak dari Syawal ke 3, dah balik rumah sendiri bolehlah mulakan semula routine biasa selepas melantak makan macam2 makanan sepanjang beraya di kampung. Seyes...makan macam dah takde peluang nak makan lagi esoknya 😁 Banyak hari jugak nak kena ganti puasanya ni, kalau berkesempatan nanti nak jugaklah buat puasa sunat sebelum habisnya Syawal, inshaAllah. Orang perempuan ni ada halangannya, saya ni kalau berhalangan mau 10 hari jugak...kenalah betul2 mencari masa nak melunaskan impian sendiri.

Juadah berbuka semalam (puasa ganti day 1), nasi putih dengan gulai lemak cendawan kukur, ikan goreng, ulam dan sambal belacan. Dah tak behi dengan makanan raya lagi 😂

Pagi tadi kiriman ESP Shaklee sampai dah. Order 2 botol terus, senang. Mujur dah ada di rumah 😃

4 comments:

Amanda Suria said...

wah cepatnya puasa ganti..SA x start lagi..puasa 6 pun blom plan nak buat lagi..minggu depan kot insyaallah

Siti Yang Menaip said...

hehe memang kalo da bela kucing susah hati sokmo nak tinggal. sama macam Tok.. asyik tringat kucing2 nya kat kampung. tapi kalo kat rumah takde plak dia belek kucing2 tu nak nampak depan mata je hehe..

salam aidilfitri.. maaf zahir batin..
have a blast eid celebration =D

Nour Adieb said...

sy x start lagi puasa 6 😂

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
lepas ni bolehlah sambung puasa 6 pula.