Friday, June 30, 2017

6th Syawal - Puasa ganti ke 3 dan menu malam raya

Assalammualaikum semua...

Hari ini saya sudah mula bekerja dengan erti kata sebenar berada di dalam office. Kalau sebelum ni still bekerja tapi bila ada urgent matter saja and access out from office. Apa2 pun tetap sama jugak maknanya, still kerja walaupun berhari raya. Ok, lupakan kisah duka tu...meh nak share kisah delicious pulak 😄

Loni tengah semangat nak cerita menu malam raya je dulu, macam mana huru hara penyediaannya kita cerita kemudian je. As usual menu malam raya hakak memang kebabom banyaknya, macam orang nak buat kenduri gamaknya 😅

Rendang campur tapi yang ini masih ada kuahnya. Saya memang suka makan rendang yang macam ni. Yang dah kering tu suka juga tapi tak salah jugak kalau nak belasah dua type ni, tak pantang pun bak kata orang2 lama 😆

Yang sebelah tu acar mentah, acu dengan nasi dagang.

Gambo ni entah terbalik senget ke hapa ni pun dok tau, snap masa tengoh lapo memang gini jadi hasilnya. Rendang campur yang dah kering and gulai ikan tongkol, ada request nak letak telur jugak...turutkan aje.

 nasi dagang

 lemang
 masak lemak cili padi ayam pencen dengan nangka muda

Antara pencuci mulut, pisang goreng, kuih bakar dengan lompat tikam...semuanya buat sendiri, bazaar dah takdo orang meniaga lagi dah. Minuman pun semuanya bikin sendiri, ikut selera masing2. Inilah serba sedikit menu saya sekeluarga di malam raya. 

Hai la, keliur le pulak tengok semua juadah ni. Tak tau petang ni nak berbuka dengan apa, jemu dah mengadap kuih raya 😉

No comments: