Thursday, July 6, 2017

12th Syawal - Suasana pagi raya

Assalammualaikum semua...

Ramai dah yang upload gambo2 raya ye, OOTD gitu nyah 😏

Iolsss ni baru nak hegeh2 upload, mood raya sebulan dek. Sebelum tu nak bercerita perihal hati kejab. Kadang tenang tapi didalamnya gundah, kadang nampak sombong tapi didalamnya disingkirkan...dah itu je nak tulis 😐

tunggu giliran nak bergambo

Suasana pagi raya saya maybe sama jugak dengan uolsss. Pagi seawal subuh dah line up tunggu giliran nak mandi sunat aidilfitri, bilik mandi ada 3 tapi bilik mandi yang ada air kolah sejuk beku tu jugak yang direbutkan. Solat subuh dan yang ibu2 dah mula sibuk di dapur panaskan makanan untuk sarapan pagi sebelum ke masjid. By 7am dah mula sarapan pagi sebab kena siap2 untuk ke masjid awal sebelum 8am. Solat sunat mula about 830am tapi masjid kampung ni selalunya penuh melimpah rakyat jelata, datang lewat nanti mau solat atas jalan raya pulak. Kalau sebelah perempuan ada yang sampai tak berkesempatan nak lakukan solat sunat hari raya gara2 dah takde tempat nak solat, penuh sesak. Masjid kampung saya tu dah sampai tahap kena besarkan lagi kot, hari raya anak cucu cicit rakyat jelata ramai yang balik.

Selepas balik dari masjid, sesi salam2 mintak ampun ayah bonda. Lepas tu sesi makeup siap2 sepenuhnya dengan outfit raya. Yang pempuan memang lamalah kalau bersiap, yang lelaki pegi makan lagi di dapur. Bila ready semuanya, baru mula sesi bergambo...   

 dimulakan dengan tuan punya blog la, saya dan suami in grey tahun ni. Warna pilihan suami, setiap tahun pun dia je yang pilih warna

 kakak sekeluarga

 abang sekeluarga

 abang ngah berdua, fefiling lomantik la pulak walhal anak berderet tunggu giliran nak berfamily photo

 anak saudara

 anak saudara lagi with my next cucu's inside, expected baby boy 😘

 the respected eldest, kakak saya yang sulung with family. incomplete sebab anak sulung dia beraya di Kedah, mertua side

 the whole entire anak menantu Hj Ishak Hjh Jaharah

Pilihan tempat untuk sesi bergambo ni semua anak2 saudara yang tentukan. Bagilah youngsters buat pilihan, yang makpak ni ikut je.