Thursday, July 27, 2017

Puasa ganti ke 7 dan gym

Assalammualaikum semua...

Khamis di hari pertama bahan bakar iaitu petrol naik 👆 menjadi RM2.03. Malam tadi selepas balik dari gym, tak tunggu lama terus pergi station minyak Petronas pump minyak penuh tank dengan harapan dapat pertahan sampai harga petrol turun semula ke tahap RM4++ seliter 💀. Tak tau sampai bila nak hadap drama turun naik harga petrol ni, belum lagi harga barang2 asas...naik manjang tapi tak pernah turun.
    
Saya dah kembali semula ke gym seawal July lepas, sebulan rehat/freeze membership in June sebab nak bagi laluan pada Ramadhan. Kesian pulak suami terpaksa berbuka sorang2 kalau saya asyik sibuk di gym. Now enjoying the moment at gym sebelum akan freeze membership semula dalam sebulan dua lagi. Kena outstation ke negeri lain yang memang confirm takde Fitness First dekat sana, adoiii...kena pegi gym hotel sajo la yang setakat ada a view equipment tu. Bersyukur dengan apa yang ada ye kan, dari takde langsung lagi parah. Ada jugak plan sport activity dengan geng2 fitness dekat sana (outstation) nanti, tapi benda tak jadi lagi...susah nak nampak kesungguhannya 💆 

Sekarang ni kan saya berniat (ikut kemampuan) jugak untuk cuba berpuasa sepanjang tahun pada setiap hari Isnin dan Khamis, Ya Allah permudahkanlah semangat umat Mu ini... Tapi kalau tidak dalam bulan Ramadhan, kemalasan nak bersahur tu agak menjadi jugak. Walau set jam pun belum tentu nak bangun lagi, fuhhh susah kalau syaitan dah lepas ni ek hiksss. The only thing that saya selalu buat adalah makan heavy meal malamnya sebelum tido. Macam malam tadi saya makan bihun celop (heavy meal ke ni ermmm), suami pulak kuew tiaw lakna. Alhamdulillah kenyang sampai sekarang ni, tanpa ada rasa dendangan lagu irama malaya dalam perut. 

Petang ni tak tau lagi nak sediakan menu apa untuk iftar. Ingat nak masak nasi impit dengan panaskan kuah kacang frozen je, inshaAllah.  

8 comments:

Anis Azalea said...

Dapnya nasi impit dan kuah kacang

Warisan Petani said...

Salam singgah

nini said...

Wahh bestnya selalu pergi gym..mesti ringan je badan

Mummy Audya said...

singgah sini..

Nur Aishah said...

Alhamdulillah.. bagussss nya akk rajin puasa.... moga Allah rahmati usaha dan berkati ibadah sis... nak2 rajin p fitness...perkhh.. heheh gudlakkk....

OKje said...

Tulah...ingat nak gak puasa isnin khamis sepanjang tahun, sambil sambil mengganti puasa tu ... tp selalunya semangat tak berapa nak kuat huhu...rasa nak mengunyah je ...Camnelah nak kurus!

anamizu said...

moga ditetapkan iman untuk puasa Isnin & Khamis spnjg tahun tu aminnn hehe
hemm Ana pon cenggitu jugakla niat nak puasa setiap Isnin & Khamis tapi maklumla,
byk benor syaitan adehh T____T

dear anies said...

gaji je ann yg payah nau2 nk naik..x tau kenapa hahahaha