Thursday, August 3, 2017

Puasa ganti ke 8 dan the mamaks

Assalammualaikum semua...

Today my friends birthday, ada 2 orang mak2 gorges tambah satu angka dah today. Well apa ada hal dengan umur kan. Yang penting boleh hidup selama itu, banyak kebaikan dah dilakukan and more and more after this. Selama itu jugak dapat berbakti pada keluarga seluruhnya. Tak payah nak poyos sangat nangis2 tak nak mengaku tua dah umur tu, bukannya kita duduk alam doremon ada mesin masa ✌

Malam tadi dinner plan dengan my kakak + cheerleader dia 2 orang, dekat mamak Maulana Sri Kembangan. Kakak ada dekat Taman Equine this week sampai besok, settle-kan hal bilik sewa anak dara dia yang berdua tu. Pindah bilik lain dan rumah lain tapi alhamdulillah dapat dekat kawasan apartment yang sama. Rumah asal tu owner nak ambik balik, katanya anaknya jugak dah habis belajar dan akan duduk dekat rumah tu. Whatever la kan, janji anak daras berdua tu dah dapat bilik lain. Itu yang my kakak duduk la bilik baru budak2 tu seminggu ni tengok macam mana keadaan rumah/bilik tu bagai. Anak 2 orang macam tu la, paham kekalutan hati mak2 ni 👌

Ini pulak di hari Isnin yang lepas, suami teman berbuka puasa...di mamak jugak tapi dekat Bandar Baru Ampang. Best mamak ni tapi selalu malam2 tempat ni penuh, ish tak syok pulak nak lepaking kalau dah ramai sangat. Time nak berbuka hari tu less sikit pengunjung, terus parking sebelah meja makan je...annoy orang keliling tengok 👀. Sorry bro, jemah parking ikut kotak parking ye...bukan sesaja nak parking sebelah meja makan ko 👐

Ok, ini suami jemah tau. Dia gemok sado satu badan tapi terlebih tang perut. Fav port dia mamak je, bukan tempat karaoke. So tak payah nak ajak dia pegi karok2 bagai, dia tak layan. Tapi kalau nak ajak dia pegi mamak, akan dipertimbangankan. Jangan risau jemah tak meroyan punya. Paling2 pun jemah lempar je gelas mamak tu ke muka ko yang berani mengajak tu...eh terlajak perahu pulak 👹

11 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

haha ketawa yui bc ayat last tu..

Warisan Petani said...

Jarang2 terjah mamaks
Pn is3 tak minat.

Kakcik Nur said...

Hehehe...sempat juga bagi amaran, ya... :)

merahitujambu said...

sedapnyaaa..lawak la ayat bini dia

Nurzakiah Hanum said...

ketawa anum baca ayat terakhir

Ainniah Zulkefli said...

hahaha macam tu plak ya

hainom OKje said...

Esok mcm nak makan roti canai jugak. Kuah kari dengan sambal kena lebey. Teringin pulak haih hihi...
Wah Ann...ni kalau Alip baca, mesti sentap sekejap haha...

Siti Fatimah said...

tetiba rasa mcm nak terjah kedai mamak...

mamapp said...

Asal mamak je.mmg kpem pilihan ramai

HasnulYakin Mohammed said...

Terliur saya..

dear anies said...

baru nk ajak g karoks tp baca ayat last trs x jadi hahahaah