Friday, October 27, 2017

Salam Jumaat

Assalammualaikum semua,

Salam Jumaat, alhamdulillah besok kita semua dapat cuti 2 hari ye. Jumaat yang sentiasa dinanti2kan. Nikmat Jumaat ni tiada tolok bandingan dari hari2 yang lain. 

Besok plan nak mandikan all kucing (niat semua la), inshaAllah. Lepas mandi nanti mesti masing2 tergolek tido seharian sampai ke malam. Memang jadi adat kucing2 dekat rumah ni, lepas mandi je mesti lemau nak main2 dah. Tahan tido berhimpit2 ramai2 tu. Nak kata sejuk, mandi air suam...tuan rumah pun tak mandi air paneh weh. Mungkin sejuk jugak bagi mereka2 tu kan, manalah kita paham keadaan diorang ye tak.

Which me luck for tomorrow, semoga niat dipermudahkan 😊

Malam tadi temankan anak saudara dengan kakak survey bilik untuk di sewa. Anak saudara saya ni dapat kerja baru area KL, jauh untuk dia berulang dari Seri Kembangan tempat dia tinggal sekarang. Target area Kg Baru dengan Sentul dan setiap tempat tu dah ada bilik yang boleh di timbang kati lagi. Biarlah mereka anak beranak buat keputusan, saya dah bagi criteria2 yang perlu di highlight saja kalau duduk dekat KL ni...wah macam jemah keluar2 perut terus kenal KL ken 😌

Bagi tips aje kalau perlu on travelling, cost living dan segala kebarangkalian yang akan berlaku. Anak saudara baru nak hidup, jadi yang dah lama hidup ni kenalah bagi panduan untuk mereka...tak gitu jemah 😍

9 comments:

mamapp said...

Alolo comelnye kucin. Mesti dah wangi sekarang

Myalycia said...

Hai Ann, tq doakan Qekra ;)

Alahai comeynya kucing tu...

aiezza.sue said...

belum mandi pun comeiii je :D...eh, kg.Baru..heavennya, teringat zaman bujang suka lepak rumah sewa member situ.

OKje said...

Rajinnya mandikan kucing Anne. Hihi...kucing pun mcm baby jugak ek. Lepas mandi rasa best je kalau tido.

Teringat dulu dulu masa mula nak hidup kat KL...mmg sewa bilik jerlah. Tp alhamdulillah...semuanya mudah

Unknown said...

gitula lumrah kehidupan. kena pertimbangkan byk option the best untuk mudahkan urusan harian.

Jemput baca artikel terbaru saya : Zaleha Awaluddin

Abam Kie said...

hari jumaat walaupun cuti mingguan di kelate tp kdg kala sibuk juga di umah.

dear anies said...

omey nyer diaaaa.... mandi sbln sekali. kena sental badan tu yg lena kot hahahah

LYAfrina said...

Omeynya meowww

Jari Manis said...

Kg baru byk umah sewa