Monday, November 6, 2017

Weekend lepas

Assalammualaikum semua...

Kepada kawan2 yang berada di Penang, saya doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah senantiasa. Teruk sangat keadaan dekat sana kan (base on apa yang ditayangkan di news), musibah yang diluar kemampuan kita untuk dielakkan. Semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa selepas ni.

Saya baru saja sampai Johor, today ambik flight petang so dapat rehat lebih sikit. Selalunya ambik last flight, sampai hotel pun dah lepas midnight. Besok dah kena bangun awal, kadang2 tu ting tong jugak kepala dibuatnya. Seminggu lagi di sini sampai Jumaat nanti, inshaAllah.

Not much to update, cuma Sabtu lepas dapat berita makcik sepupu saya telah kembali ke rahmatullah sebelah pagi dan jenazah di kebumikan di Kota Damansara sebelah tengah harinya. Kali akhir jumpa arwah masa majlis perkahwinan anak saudara saya awal September yang lepas. Berkumpul lah semua kami adik beradik di rumah abang saya di Kota Damansara sehingga majlis tahlil sebelah malamnya. Semoga rohnya di cucuri tahmat, Al Fatihah.

Selepas selesai tahlil, kami adik beradih dah mula nak bersurai tapi tidak lagi selagi tak register mamak kan 😁 Terus singgah mamak area TTDI pekena naan cheese + tandori + teh tarik, baru up malam minggu. Nak pegi layan golf dekat driving range dah tak larat lagi, penat seharian dengan urusan jenazah. 

Activity pagi Ahad, jogging seperti biasa. Semenjak asyik outstation ni, larian semua dah tah ke mana. Memang dah tak tersusun aktiviti harian tu even dekat Johor pun nak menempuh gym tu macam jauh sangat, bukan malas tapi tak sempat masa. Disebabkan keadaan sekarang, saya dah tak register mana2 larian lagi. Tunggulah keadaan dah stabil baru saya mulakan semula. Its tough tapi have to fores myself. Buat masa ni Fitness First pun saya freeze jugak, dah kalau dapat pegi less than 10 times....rugi la pulak kan, bayar mahal kot for membership 😂   

7 comments:

Cik Nor said...

bw pagi..:)

dear anies said...

salam takziah...

alfatihah...

Ana Suhana said...

Salam takziah. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.

LYAfrina said...

Innalillah..semoga roh arwah dicucuri rahmatNya..aamin

Unknown said...


Takziah, moga roh dicucuri rahmatnya-salam sayang kekja-

Jari Manis said...

Alfatihah buat arwah

Nina Mads said...

takziah.. semoga ditempatkan di kalangan org beriman