Saturday, December 2, 2017

Apam Beras

Assalammualaikum semua...

Menu breakfast pagi tadi. Teringat masa kecik2 tinggal dengan makcik, she always make this apam untuk sarapan lagi or any occasions. Memang sedap la, takde tandingannya 😁 

Malam tadi punya cerita leni, masak nasi macam biasa masa dinner tapi sebab suami dah tak makan semangat macam selalu, maka ada nasi lebih. Lebih tu sampai tahap boleh makan bagi kenyang sekali lagi tahapnya. Nak bagi kucing makan, kucing pun tak layan nasi ni...kalau letak ikan rebus goreng sekali pun tetap bolayan. Nak buat nasi goreng, macam tak lalu pulak. Pikir punya pikir, teringat apam...YES nasi pun boleh dijadikan apam jugak. Senang je cara membuat apam beras.

Bahan2nya:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
2 1/2 cawan gula pasir
2 sudu kecil yis kering
Pewarna makanan (saya tak letak)
Kelapa parut putih (saya tak letak)

Blend nasi dengan air hingga halus dan campurkan brown sugar serta gula pasir, blend sekali sehingga sebati. Di dalam bekas lain, satukan bahan2 kering dan gaul sehingga sebati. Masukkan bahan blend tadi ke dalam bekas bekas bahan2 kering dan kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam (saya buat sebelum keluar jogging pagi tadi). Sementara menunggu cukup 3 jam tu, bolehlah sediakan acuan2 kecil yang nak digunakan semasa mengukus nanti. 

Didihkan air dalam pengukus dan balut penutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis atas apam tu nanti. Sapukan sediakan minyak jagung pada acuan kecil untuk mengelakkan apam dari melekat. Selepas 3 jam dan adunan cukup kembangnya, bolehlah letakkan pewarna makanan sekiranya suka. Seperti yang saya nyatakan tadi, saya tak letak pewarna tambahan dan lebih suka pada warna asal brown sugar tu sendiri. 

Masukkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar sehingga masak. Tunggu apam sejuk dan baru keluarkan dari acuan.   

Hidangkan dengan minuman kegemaran uolsss, macam saya semestikan teh o lemon panas. It's my perfect breakfast 😂

No comments: