Thursday, December 14, 2017

Bila di Johor

Assalammualaikum semua...

Khamis minggu2 akhir sebelum kita semua melangkah ke 2018 yang dah hujung2 jalan je  ni. Sekejab sangat masa terlalu, kelip2 mata dah nak ke tahun baru sudah...banyak lagi hajat yang tak tertunai untuk tahun ni 😞

Takpela ek, pelan2 kayuh selagi hayat masih ada...cuba penuhi apa yang dihajati tu dulu. 

This year saya tidak terlalu menjaga makan minum lagi, dengan keadaan diri yang memerlukan travel ke sana sini atas urusan kerja menyebabkan semua yang 'biasa' dah mula jadi 'tak biasa'. Senang cerita, normal routine tu susah nak maintain tapi next year akan lebih teratur...inshaAllah 😌

Sejak dari Isnin malam saya dah berada di Johor, pagi Selasa cepat2 turun nak breakfast. Punya lapar perut ni sebab malamnya dah malas nak keluar dinner. Sempat breakfast heavy meal sebelum driver sampai. 

Routine di site office macam biasa, sedar2 dah waktu lunch. Tak sempat keluar makan, mintak officemate tapaukan saja. Kebetulan officemate tu nak keluar, bolehlah tumpang kirim. Dibelinya nasi ayam, hok alahhhhhhhh kemahen sedapnya...ke kami ni dah kebulur sangat 😂

Petangnya dapat pulak sedekah dari kawan block sebelah pisang goreng cicah sambal kicap...iolsss in JOHOR hokay, IN sangat dengan pisang goreng cicah sambal kicap. Meletop2 podehnya tapi sedap. Hujan lebat pulak semalam, kena dah tu menu time hujan kata ko 😅

Sampai masa untuk pulang tapi tak boleh pulang lagi, biasa dah macam ni. Kena tunggu 'yg berhormat my boss' habis meeting dulu, kalau tak saya nak balik naik apa...huhhh. Site office dah kosong, seriau pulak duduk sorang2. Kemas2 barang, terus tunggu dekat main gate...ada jugak abang polis dengan security. Tak kenai pun tak pa, janji depa nampak kami kami nampak depa sudah la 😎 Tunggu punya tunggu sampai 730pm jugak baru keluar, hai la nyawa...bawak banyak2 sabar.

Sampai hotel about 830pm, singgah bilik hantar barang dan keluar balik. Nak cari barang sikit dekat Maslee Bandar Penawar, lepas tu tapau dinner dekat Ombak Rindu Seafood. Plan asal nak makan shawarma saja tapi dah habis, sudahnya tapau (sebab lone ranger) mee goreng mamak. Jalan sana sini macam tu je dah habis masa jugak, sampai bilik 9++pm. Niat nak pegi gym pun tolak tepi sebab gym hotel tutup about 10pm. Makan, mandi, solat dan tengok movie...yang pasti lepas tu movie tengok kami tido sampai pagi 😏


Tak tau lagu mana, lapa lagi ka tak cukup makan ka....boleh pulak kami malam tadi mimpi makan rojak mee minum cendok weh. Nakrahom mana pulak nak cari rojak cendol sedap celah2 Bandar Penawar ni 😒 Takpa2 rasanya boleh jumpa jugak ni, dengan berkat usaha yg jitu...hari ini misi mencari rojak cendol sedap akan bermula 😓 wish me LUCK!!!

14 comments:

Anis Azalea said...

Makan ajelah kau ek..

dear anies said...

dah smpi johor kalu x mkn mcm2 mmg rugi

fizalinolie said...

Ke mana pun pergi. Makan mesti diutamakan lebih2 lagi atas urusan kerja. Makan wajib.

OKje said...

Outstation yeh..buat audit ke Ann?.

Apa pun keadaannya selamat memburu makanan Johor ye Ann. Cuba jangan tertinggal satu pun hihi

ray said...

dah lama tak pegi johor

Mimin Adam said...

nanti datang batu pahat pulak yaa, kita makan puas puas kat batu pahat. hahahaha

Warisan Petani said...

Selamat datang ke JDT

Mie said...

Luaskan kuasamu...

LYAfrina said...

Hehe.. Haruslah try semua makanan kt situ..


Sekarang cpt btl masa berlalu kan.. Dh nk hbs 2017 ni

raihanah said...

suka bab makan2 ni

Myalycia said...

sedapnya pisang goreng cicah kuah kicap tu huhu..

mrs adam said...

sambal kicap cicah pisang goreng
peh taip komen ni je pun dh terliur.huhu

niken said...

Terima Kasih Atas Infonya,dan saya sangat senang jika anda berkunjung di blog saya
- obat pembesar penis

- Titan Gel Asli

- Tips & Cara Memperbesar penis, Mencegah Ejakulasi Dini,

- MENDAPATKAN PENIS YANG BESAR,PANJANG DAN KERAS

- pusat obat kuat

aizamia3 said...

Cicah sambal kicap tu memang terbaiklah.. ai is suke... sedap.. ;)