Tuesday, December 26, 2017

Puding tembikai

Assalammualaikum semua...

Petang2 hari cuti ni kalau dapat duduk2 santai depan tv sambil dihidangkan desert best memang terbaek lahaiii. Petang2 ni jugak saya teringin nak cuba buat puding yang tak pernahnya nak lulus buat tapi mujur semangat nak mencuba tu tak pernah padam. Dan akhirnya menjadi jugak puding tembikai saya walaupun ada jugak cacatnya tapi okay lah dari tak jadi langsung 😌

Puding tembikai ni yang menariknya adalah kaler yang digunakan. Kalau betul caranya memang nampak sangat macam buah sebenar. 

1 paket serbuk agar2
2 sudu mentega
1/2 tin susu pekat
1 cawan gula
6 cawan air
1 sudu kecil asen vanila
2 keping roti
Pewarna merah dan hijau
Cincau - di cincang kecil (saya tak letak)

Masak agar-agar serta gula dan setelah sebati masukkan mentega dan susu pekat. Letakkan esen vanila dan jadilah satu adunan. Ambik sedikit adunan tadi dan blend dengan roti. Masukkan adunan roti tadi ke dalam adunan yang asal tadi. Pastikan adunan asal sentiasa berada dalam periuk dengan api perlahan agar ia tidak mengeras. 

Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pewarna hijau (sebagai kulit tembikai) dan masukkan ke dalam bekas, tunggu sehingga adunan agak keras. Ambil sedikit adunan asal dan letakkan sedikit sahaja ke atas adunan hijau tadi (sebagai lapisan kulit ari tembikai) dan tunggu sehingga keras. 

Lebihan adunan di dalam periuk bolehlah diletakkan pewarna merah sebagai isi tembikai dan boleh di tuangkan ke dalam bekas dan tunggu sehingga keras dan sejukkan sebelum di potong. 

Sedap lahaiii makan di petang2 hari or bila2 masa saja 😁

8 comments:

fiza linolie said...

Makan puding sambil layan tv... Perghhh... Maunya bertambah-tambah. Nanti blh try buat 😄

Nour Adieb said...

kalau rajin, sy try buat. tp sy lebih rajin utk makan ja 😂

mama tisya said...

sedap nmpk puding tembikai

aizamia 3 said...

Dah lama tak buat puding bagai ni. Sibuk memanjang je rasa :(

QasehnyaRania said...

Sedapnya.
Cantik kejadiannya.
Ada masa blh try. Thanks akak share resepinya 😍

Eita Pengedar Vivix Shaklee said...

Sedapnya....makan sejuk2 ni best,tq boleh buat untuk minum petang ni...

Salam Perkenalan;
Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

Abam Kie said...

nak suruh isteri buat la ptg ni,,

E'in said...

baru hari nie e'in dengar pasal puding tembikai nie.. mudah cara buat die ek..