Monday, January 29, 2018

Admited

Assalammualaikum semua...

Sejuk sungguh pagi2 Senin ni, barakah sangat. Tapi hati sedikit gundah gulana, sayu pilu semua ada. Terima message dari kakak yang sulung, kakak saya yang sorang lagi admitted Khamis lepas di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Bukan setakat kakak saja tapi cucu saya (nenda muda 😂) pun admitted hari yang sama di wad kanak-kanak di hospital yang sama jugak. 

Kakak admit selepas sakit perut, memula suspect sebab dia makan durian frozen tapi ada masalah lain rupanya. Punca sebenar masih tak tau lagi, after CT Scan saja baru boleh tau masalahnya. Dapat next appointment for CT scan on 07/02 di hospital yang sama, memang tak la nak tunggu selama itu sedangkan condition my sister masih yang sama. Hari ini my sister pegi ke Mawar Hospital selepas dapat referral letter. 

Cucu admit pulak sebab ada jangkitan kuman pada paru2. Patutlah baby tu seminggu dua ni batuk selsema tak sembuh walaupun dah berkali2 bawa ke klinik. Lebih mengharukan, last Saturday adalah hari aqiqah baby Aidan. Perancangan tetap diteruskan sebab semuanya dah di atur tapi majlis tanpa 'perantin'. Program terus ditukar kepada majlis doa selamat sahaja.   

Hari ini saya masih masuk office, besok onwards baru start cuti. Perancangan awal cuti2 panjang ni nak rehat2 saja di rumah tapi sekarang kena rombak semula. Saya akan balik ke Seremban sepanjang tempoh cuti ni, jaga kakak. Mujur saja anaknya yang study di Kuching sekarang tengah cuti semester, sementara ni dialah yang bergerak sana sini serta update status. Sekarang dugaan datang tanpa diundang, kita bantulah mana yang termampu. Bukan orang lain pun, ahli keluarga sendiri jugak.

Sehari dua ni agak sibuk berulang ke hospital, termakan pulak wafer dekat cafe hospital tu. Eh sedap le pulak rupanya wafer ni ek, boleh la lepas ni 'saja' datang cafe sepital sebab nak makan wafer ni 😁

Meh kita 'rawat' diri sendiri dengan doa jugak 

6 comments:

fiza linolie said...

Semoga kakak dan cucu cepat sembuh hendaknya. Ameen...

farhanna jafri said...

amboi rajinnya menyinggah ke cafe tu haha mesti sedap sangat tu. Semoga cepat sembuh ye

Normi Nieza said...

moga cepat sembuh..:)

Blog Akak Kembang said...

Moga cepat sembuh

msredcheesecake said...

semuga kakak dan cucu cpt sembuh, amin...

dear anies said...

syafakillah utk akk ann