Assalammualaikum semua...
Sejuk lagi ke tempat korang, sesejuk hujung minggu lepas tu. Sekarang ni tempat saya dah paneh membahang tapi saya betul2 menikmati cuaca sekarang, tak tahan la hai sejuk2 macam ari tu. Nampak nau tak layak pergi negara2 sejuk turun salji tu ek, nak buat macam mana...hakak redho 😅
Senin lepas rasa seronok sangat bila nampak cahaya matahari dah mula membahang. Rasa macam nak tekap pipi dekat cermin tingkap, tapi takut la pulak kena marah dengan kakak cleaner. Kak Semah cleaner tu garang weh 😆
Sama jugak keadaannya di ulu banak negeri Johor. Saja duduk berjemur tengah panas tepi pantai ala2 sun bathing diva jemah gitew. Gila la penangan Malaysia di landa musim sejuk seketika, impact melampau. Tapi ini semua terjadi pada diri saya SAHAJA, ingat tu. Saya memang tak tahan sejuk, cuaca sejuk seketika ari tu cukup memberi dilema dalam diri. Tak nak sejuk2 sangat, syukur alhamdulillah dengan cuaca negara kita yang katulistiwa ni.
Sebelum terbang meninggalkan suami buat seketika Senin lepas, singgah dinner dekat2 dengan KLIA. Suami free boleh hantar ke airport, kalau tak pepandai la isteri nak hidup berdikari. Biasa dah pun macam tu, tak payah nak buat drama kesat air mata hidung bagai. Cuma kesian tu adalah, selalu suami sangat kena tinggal tapi tak jugak suami tu nampak kecik...lagi membesar badan tu adalah 😌
9 comments:
Saya pun bangsa yg tak tahan sejuk walau duduk di negara 4 musim. Sbb tu suka sgt bila summer mcm skg, lebih aktif & produktif.
Hihi... duk Malaysia jerlah Ann nampaknya...
Namanya pun kerja nak buat macam mana, terpaksa redholah cik abang . Tapi kadang kadang seronok jugak berjauhan ni... balik nanti double rindu
Heh kan..dahnya hari2 nak mandi air panas sebab tak tahan sejuk..masak air panas jelah.
saya suka sejuk mcm ari tu cuma nk mandi pg tu yg x tahan... terpaksa msk air panas...
saya pun terfikir, ni sejuk kat malaysia camni pun dah tak tahan. dah tu acane nak dok di 4 musim yg salji tu, hehehehehee
sy suka sejuk..rasa tenang je..best untuk berehat..hehe..salam perkenalan semua shabat..jom jenguk blog sy..tmbah kawan..hehe
kt penang ni da panas jugak...terasa bahang sangat
Bila sejukk, leh style acah acah kat oversea...muahahaha~
lain macam panas bahang selepas musim sejuk. Alhamdulillah sekarang dah kembali musim sejuk.
Post a Comment