Wednesday, January 3, 2018

Kek Coklat Moist sempena 2018

Assalammualaikum semua...

Selamat tahun baru 2018, soalan paling WIN...ape azam baru uolsss!!!

Azam baru kami, makan and makan and makan kot 😁 Selagi boleh makan kami makan la, besok2 kalau dah tak boleh makan...kami berhenti makan.

Permulaan tahun baru, nak lebih rajin lagi memasak di dapur sendiri. Asyik makan hasil air tangan orang lain je, erm tak menjamin kebersihan yang jitu gitew. Biar masak sendiri, walaupun tak sedap tapi kalau suami puji sedap pun dah rasa melayang2 ken 😂

Okay cukup dengan mukadimah merapu tu, back to point of topic je. Modal cerita hanyalah nak bagi tau hangpa2 yang kami buat kek cekelat weekend ari tu je. Merapunya macam ala2 kami berpesta tengok bunga api segala ken 😃 

"Chocolate makes everything better", ungkapan yang rata2 pencinta cekelat akan setuju berjuta2 lemon. Sebut pasal coklat, mesti terbayang makan coklat sedap, minum hot choco, makan kek cekelat pelbagai version...apa2 aje berkenaan dengan coklat boleh membuatkan kita automatic terkeliur cukup dengan kata2 sahaja. Samalah tu dengan suami kami, tiba2 pulak teringin nak makan kek coklat. Cepat je kami ajak makan dekat luar sepotong kek, demand hokey...nak kami buat sendiri. Kami ni mula2 malas jugak nak layan tapi malas2 pun kami buat jugak, pahala weh 😄 Maka terjadilah kek coklat moist (tengok gambo macam tak moist je jah) 

1 cawan air 
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak 
1 cawan serbuk koko
***semua sehingga likat***

2 biji telur 
***dipukul dan masukkan ke dalam bahan2 tadi***

1 cawan tepung gandum 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh double action baking powder
***ayak dan campur dalam adunan tadi***

Panaskan kukus dan kukus selama 25 minit.

Untuk ganache pulak;
1 cawan minyak 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
***masak atas api sehingga pekat***

Lepas tu curah la lagu mana nak buat atas kek ka belah dua kek tu ka...ikut suka. Lepas tu makan dengan gembiranya 😅

Kalau dah makan kek coklat, kena minum kopi...baru mesera orang kata. Meh pekena kapal api java latte satu. Baru berganda2 nikmat donia 😆 

8 comments:

dear anies said...

ada lg x? nk ketuk pintu rumah ni😆

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Dah lama tak buat kek coklat ni.
Ingat nt nk buat jugalah time birthday.

Diana Rashid said...

kita sama la..kalau makan kek coklat mesti minum kopi..hahah..Dia punya syok tu lain macam ..hahaha

fiza linolie said...

Fuh... Kek coklat. Nanti boleh try. Anak2 mesti suka 😄

mama tisya said...

happy new year 2018..sedap nmpknye kek coklat tu

Aiezza Sue said...

selamat Tahun Baru 2018
menarik azam baru hangpa..kami like :)

aziazib said...

boleh buat untuk snek anak sekolah ni

Jaja said...

Wee sedap aih kek coklat. Saya kalau makan kek tu combine dengan air kosong baru puas hehe, sebabnya kek dah manis :D