Tuesday, January 23, 2018

Neighbours Cafe Ampang

Assalammualaikum semua...

Apo kaba orang kg, sudah lama tak berjumpa...
Kirim2 kan berita, adakah sihat sejahtera 💃💃💃

Kemon...happy sikit. Minggu depan kito cuti panjang, ambik 3 hari dapat 9 hari leave terus menerus. Uisss meriah sangat dah tu, so apa plan uolsss semua 😁 Saya takde plan berjalan ke hapa, plan nak duduk rumah tido makan tido tu memang hado sangat. Tak kuasa nak berjalan duduk dalam kereta sangkut di jalan ber hour2 lamanya, dah jadi sinonim pulak situasi tu setiap kali cuti panjang.

Terus saja kisah makan2 hujung minggu lepas. Mencuba dah berkali cafe ni tapi ini kali baru nak review dalam entry. Cafe sepelaung dengan rumah, jalan kaki pun sampai...sungguh ni tak tipu, tapi dengan rumah saya je la. Mengenangkan malas nak tawaf beberapa kali mencari parking, saya dan suami decided untuk buat night walk. Malam bukannya panas pun, bahang pun tiada...mampu nak berjalan kaki ke Neighbours Cafe.

Makanan dekat cafe ni adalah sedap, tidak mengecewakan setakat yang kami dah pergi. Ini antara makanan yang pernah kami cuba hasil dari beberapa kali singgah tempah ni...  

Tea pot

Club sandwich 

sungguh la tak ingat nama cake ni

Kueh tiew goreng 

Meatball 

of course my coffee ❤❤

Enviroment cafe ini sama saja dengan hipster cafe yang lain. Tak kuasa pulak nak ambik gambo keliling 😁 Cafe ini pulak dimiliki oleh Islam/Melayu dan di jamin HALAL tanpa ragu2. Cafe dijaga dengan baik tahap kebersihannya dan so far beberapa kali datang ke cafe ni, saya tak pernah nampak ada pekerja warganegara luar bekerja di cafe ni. 

Kalau korank nak cuba, sila kan. Nah address...

Neighbours Cafe Ampang
17G, Jalan Bukit Indah 5
Taman Bukit Indah, Ampang

3 comments:

Anis Azalea said...

Pernah pergi sekali. Rasa overpriced la.

Azhafizah MN said...

kek tu nampak sedaplah.

I am LZ said...

W'salam Ann Ishak,

LZ suka lepak kat cafe camni, santai2..
Kueh tiaw nampak sedap sebab warna dia dark dan tak terlalu banjir, I like.
Thanks for sharing ;-)