Thursday, February 1, 2018

Puasa ganti

Assalammualaikum semua...

Selamat bercuti pada yang masih bercuti sama macam saya ketika ni. Pada yang bekerja besok hari, syabas diucapkan. Anda seorang yang begitu rajin dan committed 😁 👍

Hari ini kakak saya masih lagi admitted di Mawar Hospital, her condition is getting better. As today, dia dah boleh makan sikit2 selepas dipuasakan selama 48 hours. Cuma masuk air melalui drip saja. Semalam habis tempoh 48 hours puasa dan dah boleh minum air putih, malamnya dah boleh minum sikit milo panas. Result masih belum keluar, kena scan sekali lagi and tunggu beberapa feedback dari her body itself. Semoga diberikan kesembuhan yang cepat untuk kakak saya, amin.

Hari ini hari ke 3 saya berpuasa, hahhh tapi bukan puasa 48 hours ya. Mau pensan pulak nanti, orang yang jaga orang sakit pulak masuk ward...choiiii 😂

Puasa ganti hutang tahun lepas belum habis bayar lagi. Sementara masih dalam ingatan ni buat la, besok2 kalau dah lupa payah pulak. 3 hari puasa ni takde sangat dugaannya, jaga my kakak di hospital + orang sakit pun tak boleh makan kan. Sama2 lah 2 beradik ni berpuasa, support each other gitu 😃

Now saya dah balik ke Ampang, sian suami tinggal jaga kucing di rumah. Besok inshaAllah kalau takde apa hal suami pulak akan balik ke Seremban jaga my kakak. Kami jaga sebelah siang saja, nanti malam anak2 my kakak pulak yang jaga. My kakak boleh je bergerak tapi tetap nak temankan dia, nanti dia bosan pulak takde teman berborak.  

Semalam berbuka puasa dengan menu Ayam Penyet AP. Bila kata pasal ayam penyet, semua mesti mention about their sambal kan. Saya pulak kalau makan ayam penyet, sangat2 jarang nak makan dengan sambal tu, podeh weh...takat colek2 hujung jari je. Biasanya tolak sambal dekat suami, dia mampu makan pedas walaupun bukannya boleh sangat pedas2 tu 😄 Ayam penyet pilihan saya dan suami pecal leleh penyet. 

Besok ingatnya nak puasa lagi tapi ada sikit2 rasa malas pulak, syaitan ni kalau nak buat baik memang sentiasa berbisik je 😅 Tengoklah macam mana nanti, kalau kuat iman di dada, inshaAllah...

5 comments:

msredcheesecake said...

sy pon baru nak ganti puasa thn lepas. baru dapat 4 hari dr 30 hari. Pengsan...

Noor Maizan said...

Alamak saya pun belum habis ganti ni, haha.

nona sani said...

Eh? saya suka sambalnya..hehe~

Puasa kakkk, habiskan,,hehee

dear anies said...

slmt ganti puasa yaa

Siti Yang Menaip said...

boleh mula da ni nak posa ganti.. semoga kakak cepat sembuh =)