Tuesday, February 6, 2018

Routine

Assalammualaikum semua...

Macam mana cuti panjang berlalu, mesti happy2 belaka ni selepas cuti panjang secara berjemaah. Lagi 2 minggu kita cuti lagi, hari raya katanya. Lepas tu sila melopong ye, tak yah nak plan2 cuti percuma dah, tunggu je hari raya kita pulak 😏

As today, saya berada di paling hujung negeri selatan Malaysia sejak dari Ahad tengah malam dan dijangka sampai Ampang Jumaat malam. Tengoklah ikut rajin suami nak jemput dekat mana tapi biasanya dia tunggu di KL Central saja. Rindu ni dengan baby bulus dekat rumah tu, dah celik mata dah pandai jalan2 merata rumah. 

Itu antara perkara menarik yang terjadi di rumah buat masa ni. 

Tetap dengan routine larian yang sama walaupun hanya hujung minggu sahaja. Weekday hanya boleh pergi ke hotel gym, itupun kalau sempat. Saya tetap looking forward peluang tu selagi dapat, kalau dah tak dapat sangat...redha 😐

Jadual makan juga still complete, pagi tadi makan bihun goreng, lunch makan nasi putih dengan masak lemak cili padi ikan merah, dinner yang baru je balik bilik ni ha...bihun sup. Besok rasa macam tak nak makan seminggu dah 😒

4 comments:

Siti Yang Menaip said...

hehe makan mesti kena makan hehe..

fizalinolie said...

Walaupun sibuk kena jugak bersenam kan...

nona sani said...

Bila dah kenyang, baru teringat..ye dakk!
Awal awal kenyang, x nak makan seminggu....hahaha..
Then bila lapor, haaaaa..hamek makan kemain..ehhehee

Azhafizah MN said...

rutin yang dah terbiasa :)