Monday, March 12, 2018

Air dan Kucing

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah, air dah ada dekat rumah yeahhh. Yeahhh la sokong kawan2 yang terpaksa bersukat air selama seminggu minggu lepas. Ikutkan kawasan rumah saya pun effected jugak tapi sebab tangki air besar, bekalan air tu sentiasa ada sepanjang minggu lepas walaupun kawasan sekeliling dah takde air lagi. Yang teruk adalah kawasan2 rumah teres, memang menunggu lori air setiap hari. 

Saya ni sebenarnya tak tau menahu pasal beberapa kawasan di Selangor terputus bekalan air. Punyalah tak sempat nak tengok news isu2 semasa kalau outstation di Johor tu. Suami pulak memang tak update sebab still under cover katanya + kalau inform pun apa je yang saya boleh buat. Baguslah kalau dia berfikiran macam tu 😀

Sabtu lepas selepas collect race bib dekat Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, terus balik Seremban selepas singgah lunch di Kampung Baru. Suami sekarang rajin bebenor ikut jalan dekat area KLIA untuk ke Seremban, katanya now dia dah pro jalan2 dekat area situ. Maklumlah setiap minggu mesti ke KLIA kan ngantar bininya ni 😁 Alang2 dah lalu KLIA terus ngajak singgah Mitsui untuk solat asar, motip sangat kan walhal boleh je singgah masjid KLIA tu. 

Teringatlah dalam kepala nak membeli run compressor baru, tahun ni belum ada lagi membeli run ettire baru. Reward diri sendiri atas minat yang ada, apa salahnya. 

Balik Seremban selalunya dengan bekalan baju kotor jugak + takde air kan, lepas tu nak pegi dobi dekat ampang...perhhhh bertabah bila tengok Q memanjang. Pertama kali tengok dobi self services begitu meriah dengan pelanggan. Sampai je Seremban, terus ke Senawang mencari dobi. Alhamdulillah dapat jugak basuh baju stock minggu lepas yang dah melimpah bakul 😂

Hulu hilir at the end sampai rumah my sister dah nak tengah malam. Bila masukkan kereta dekat parking terasa macam lain pulak situasi. Biasanya ada bunyi kucing2 bersahut2 tapi kali ni senyap je dengan sangkar2 pun dah takde...puzzle di situ. Tanya my kakak mana kucing2 tu semua tapi mula2 tu kakak macam tak nak cerita. Dah kena tanya lama2 kakak pun informed that kucing2 tu semua dah mati kena serang dengan anjing liar. Tak tau dari mana anjing2 masuk kawasan rumah. Memang kesian sangat bila dengar, mujur saja mayat2 kucing tu takde kesan gigitan cuma tak pasti macam mana boleh mati. Dah sunyi rumah my kakak selepas kejadian tu 😭. Ada yang dapat diselamatkan tapi she's dah fobia dengan bunyi salakan anjing + anjing2 liar tu still datang lagi sebab tau still ada kucing yang survive. Jahat betul anjing2 tu, rasa macam kalau nampak depan mata...nak rejam je dengan batu. My bil dah suruh kakak call MPS tapi biasalah kakak saya ni malas nak cari hal, takut nanti anjing yang tak berdosa pun kena hangkut sama. Ish dah jadi macam tu pun still nak diam jugak...geram jugak la dekat situ.

Balik ke Ampang malam tadi selepas hantar my niece ke Kampung Baru. Lepas tu terus singgah minum kopi dating2 dengan suami sebelum balik ke rumah.

Habis dah kisah hujung minggu lepas 🙇  

saya dan kopi payah nak diceraikan

add pulak cake, what a lovely evening 💖

2 comments:

Anis Azalea said...

Kesiannya lah kucing2 tu.

Hans Hanis said...

sedih pula baca bab kucing tu