Tuesday, March 27, 2018

Cerpen by Nadia Khan

Assalammualaikum semua...

Hujan la hai sepanjang hari ni sejak dari malam tadi, lebat pulak tu. Menggigil duduk dalam selimut pun rasa macam tembus je hawa sejuk tu. Mulalah badan rasa tak berapa nak IN bila dah cuaca gini. 

Bila sejuk jugaklah perut ni lapar memanjang mintak diisi dengan sesuatu yang sedap + panas2. Sedapnya kalau dapat sup panas2 sekarang. Dapat sup kosong pun layan jugak asalkan sup panas berasap. Tapi buat masa ni, telur rebus ni je yang mampu dapat pun. Nak turun bilik dah malas kalau dah berlingkar atas katil. 

What i do is, masukkan telur sebijik ni dalam kettle dan panaskan air banyak kali. Kalau panaskan sekali je boleh tapi telur tu separuh masak kejadiannya. Buat masa ni takde pulak sudu dalam bilik hotel. Mangkuk tu pun memang dah bawak siap2, senang nak letak makanan bila perlu. Lepas dah dapat telur yang masak keras, tunggu sejuk dan makan dengan kicap manis. Mana dapat kicap, beli lah dey...takde nya hotel ni nak layan tekak guess sediakan semua benda yang kita nak.

Ini saja menu dinner malam ni sebagai anak perantauan gitew 😅

Sambil layan Cerpen by Nadia Khan, habis dah baca malam ni. Rasa macam nak repeat baca tapi saya proceed dengan novel lain dulu, ambik mood orang kata. 

Cerpen by Nadia Khan ni tak bosan dibaca sebab buku ini adalah himpunan cerita pendek dan 3 skrip filem pendek di dalamnya yang ditulis sendiri oleh penulis. Sebahagian dari cerita2 pendek tersebut pernah disiarkan di akhbar dan majalah yang sememangnya saya jarang nak beli 😆 Rugi weh beli suratkhabar majalah sekarang ni, baik baca online je. Tapi untuk membeli novel, saya tak pernah rasa rugi lagi walaupun ada online novel nowadays. 
   
Boleh dikatakan almost semua cerita dalam cerpen ini saya suka, itulah sebabnya saya memang ingin untuk ulang baca sekali lagi the whole book's pun. Banyak kesimpulan secara pro and con dalam setiap cerita2 yang di sampaikan, terpulang pada perception pembaca sendiri untuk menilai setiap cerita yang ada. Bagi saya buku ini sangat santai penceritaannya dan sesuai untuk semua golongan pembaca, yang matang saja la. 

8 comments:

fiza linolie said...

Tempat Fiza pun hujan jugak malam ni. Peralihan monsun kan starting today. Macam best je cerpen ni.

Azura Aziz said...

sempoi je buat telor rebus letak kicap camtu hehe..

Jahirah said...

Musim hujan ni...hahaa...telur pun telur la asal blh makan...tp lg best kalau makan meegi...:)

hainom OKje said...

Kalau dah malas nak keluar cari makanan, telur rebus pun jadiklah kan Ann. Sedap jugak tu disamping alas perut.
Hakak tak suka menovel Ann, jadiknya meh le skodeng artis kat instag hahaha

Abam Kie said...

sbb tu la telur n maggi kena ada stok di dapur. bila emergency mcm ni buleh makan..

Cho Zila said...

sedaptu pada akak. tapi makan telur memang kena ada kicap.. kot idak tak sedap..
akak dah lama tak baca novel ... sekarangni jadi pembeli novel untuk anak2jer...

dear anies said...

boleh laa sy usha2 kt pesta buku hjg bln ni...kot2 jumpa buku ni

Maria Firdz said...

Dah lama tak baca cerpen dan buku novel...