Friday, April 13, 2018

Orde Heritage Recipes Kg Baru

Assalammualaikum semua...

Today is friyayyy 💃 + saya pun bercuti jugak hari ni, double 💃💃

Not much activity pun di hari cuti sendiri ni, lebih kepada ambik peluang cuti dikala boss pun cuti. Itulah cara saya bercuti, kalau boss cuti baru saya cuti sama...if not mereputlah sesama dekat office 😅

Nak share something in here, yesterday berlaku kematian dalam keluarga saya. Suami kepada sepupu saya telah kembali kerahmatullah awal pagi semalam kerana sesak nafas. Innalillah kepada ahli keluarga sepupu dan seluruh keluarga makcik saya atas kehilangan ni. Saya tak dapat hadirkan diri semasa pengkebumian kerana berada di KL sementara keluarga sepupu berada di Pasir Gudang Johor. Semoga arwah tenang dan diberkati selalu hendaknya, Al Fatihah 🙇

Ini gambar atas masa majlis kawin entah sapa, adoiii boleh lupa pulak. Tapi biarlah tepek dalam entry ni walaupun dah lupa serba serbi details tentang wedding ni 😆

Nak gebang satu tempat makan ni, dekat area Kg Baru. Hari ni suami solat jumaat di Masjid Kg Baru, saya tukang teman tunggu dalam kereta saja sebab lepas solat nak terus balik Seremban. Dah lama tak balik sana pun, sebelum my kakak bagi kata2 berkias sebab dah lama tak balik...baiklah adek nya pegi menyembah diri dulu 😇

Tidak disengajakan singgah kedai makan ni, kiranya nak makan siap2 dulu sebelum nak balik Seremban. Mulanya nak usha kedai lain tapi tutup pulak. Dah alang2 dapat parking, kami terus je pegi dekat kedai2 yang berhampiran dan Orde Heritage Recipes menjadi pilihan. Antara makanan yang diorder:-

Dah lapar punya pasal, kami order ayam sambal 2 sets dengan air sirap limau. 

Set nasi putih + sup kosong dengan sambal belacan. Bukan ini saja, kami order jugak set asam pedas...

Yang menjadi pilihan sangat sampai tersinggah kedai ni pasal inilah, asam pedas. Tengok gambo dekat papan iklan, uhaiiiiiiiiiii memikat tekak weh. Kami terus order asam pedas ikan kembung. Apa yang saya boleh komen, still rasa asam pedas tapi tidak sampai my expectation but STILL boleh tahan rasanya. Ikan, of course tak segar...memang payah nak jumpa ikan fresh kalau dekat bandar2 besar ni kan. Ada bendi dan beberapa potong sayur terung yang membuatkan asam pedas ini tidak terlalu plain cuma takde bunga kantan atau daun kesom di dalamnya. Kuah pekat, ini memang WIN sebab saya memang suka asam pedas yang pekat. Tahap kepedasan okay, tidak lah sampai pedas terlampau sampai nak order air bercawan2. Overall masih sedap dan boleh diulang datang kalau teringin sangat nak makan asam pedas next time 😉
  
Asam pedas ini sekali dengan set nasi putih, telur dadar dengan sambal belacan. Sebenarnya saya nak order asam pedas saja tapi tak tau pulak ada set. Sudahnya datang another pinggan nasi putih, kami ambik jugak as nasi tambah. Suami saya kan badang, no worries...mesti habis punya 😋

Kalau tak salah kedai ini ada buat delivery jugak di kawasan2 sewaktu dengannya, just dial + order + tunggu sampai makanan sampai. Senang bai tu kalau nak makan nowadays 😊 Kedai ni pulak di area medan selera, Jalan Haji Hashim Kg Baru berhadapan dengan Setia Sky Residences.

2 comments:

Kakcik Nur said...

Pernah datang makan kat kedai ini untuk buat food review tapi selepas tu tak pernah singgah lagi... :)

aizamia 3 said...

Terliur tengok asam pedas tu..