Monday, April 2, 2018

PDRM Night Run 2018

Assalammualaikum semua...

Last weekend sepatutnya plan balik Seremban tapi tertido punya pasal terus cancel plan asal. Kena postpone ke date yang lain pulak, yang pasti not this week sebab ada run event coming weekend ni nanti. 

Jadinya last weekend aktiviti makan dekat luar saja, nak masak di rumah pun punyalah malas. Antara yang diterjah adalah Sushi King, ikut ketekak suami. 

Last run event...

PDRM Night Run 2018
17th March 2018
Dataran Merdeka

Run event yang secara kebetulan masih open selepas kecewa tak sempat register MWM 2018. Itu pun selepas di approached oleh sorang polis bantuan dekat office, sebab dia pun masuk jugak...nak partner2 lari le ni. Feb pun takde run langsung, oklah reg sebab on March pun ini saja run event yang masih available 😓

Rasanya ini adalah run event pertama PDRM anjurkan, teruja jugak nak join 🙌 So far pengaturcaraan adalah bagus dan well organized. Security check memang tip top uolsss, laluan trafic pun terkawal walaupun ada jugak laluan yang masih ada kenderaan awam yang lalu sedangkan jalan tu dah ditutup...ini kes ikut kepala sendiri kot 😤 

Sebab yang ke 2 kuat untuk join event ni, route sekitar Bukit Tunku. Dah 2 tahun tak lari dekat route ni, lest 2 years cuba elak laluan ni sebab dah kerap sangat ikut route ni sebelum tu sampai dah naik bosan. Bila dah lama tak lalu tu, teruja lahai nak mendaki bukit lakhanat tu 😂 

Harap next year akan ada lagi event macam ni yang dianjurkan oleh PDRM, really looking forward for the next event dah ni. 
      
Yeayyy medal pertama dari PDRM 💃

Result je yang tak berapa nak cantik 😞 Tak nak comment sangat, inilah jadinya kalau tak training. Salah diri sendiri. Ikutkan dah tak larat nak habiskan larian 21km ni tapi lagi hampa/malu/kecewa kot kalau tak habis. Biar habis walaupun result standard lempar ke laut 😰

Tak mau berterusan kecewa, now saya dah rebuild semangat yang hilang tu. Terpaksa, if not memang tak lari dah la lepas ni 😳🙇 

5 comments:

dear anies said...

ann, medal tu kalu boh kt uniform polis boleh terima x? hahahaha

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Result apa yg kecewa Ann?. Gagah perkasa dah ni.. siap dpt medal bagai.

E'in said...

Wah. Selalu join event run laa ye ann..

E'in said...

Wah. Selalu join event run laa ye ann..

MiYOKO SuKi said...

wow..21km tuu....sy br start 5km dulu