Thursday, May 31, 2018

Lagi 15 hari nak RAYA

Assalammualaikum semua...

Dah 15 Ramadhan ari ni, pagi tadi dalam kereta dah dengar lagu raya start keudara. Baru saya sedar yang kita dah nak hampir ke raya rupanya. Kuih raya tak terbuat lagi ni, niat sebelum ramadhan ari tu beria nak buat kuih raya tahun tapi... 

Tahun ni tiada baju baru untuk saya dan suami, semuanya repeat pakai tahun2 yang lepas je. Baju2 tu semua memang sangat baik lagi keadaannya + baru pakai sekali 2 je pun. Kami hanya pakai baju melayu n baju kurung sekiranya ada event yang memerlukan outfit macam tu. Kalau tak, memang bergantung sajo dalam lemari. Duduk la kami nanti mengadap lemari tu pakat2 tahun ni nak repeat baju yang mana 😀😆

Kuih raya pun takde tahun ni, malas nak buat tu satu hal. Sekarang kalau nak membeli kuih raya, tengok reger boleh mengurut dada rasanya. Rupa paras yang cantik2 tu, harga pun 'cantik' jugak. Tunggu la lepas seminggu raya baru cari kot kuih raya, buat buah tangan bila bertandang ke rumah sedara mara. 
   
Sekarang ni rajin masak je la, hari2 berbuka di rumh. Ada sekali je kami berbuka puasa di luar, itu pun unplan. Keluar ingatkan nak beli grocery tapi sangkut lama dekat luar gara2 nak mencari office outfit. Kalau nak proceed balik memasak tu masa dah suntuk sangat, mau makan lepas 8pm pulak. Sudahnya berbuka di luar saja. 

Bukannya pegi resto yang ada menawarkan buffet ramadan tu, tak behi la tengok reger nya. Kami pegi mamak je, tingin nak makan mee rojak tekak ni 😇 Tapi rojak ni tak sama rasa macam dekat Jalan Bellamy tu 😞

7 comments:

dear anies said...

sama laa hari2 msk tp bkn sy yg msk hahaa

Suria Amanda said...

Lagi 15 hari nak raya SA x buat apa persediaan pun lagi...kuih pun x beli llagi...ingat nak buat..tapi masa pun x ada

Anis Azalea said...

Kemahen counting days..ehehe

Azian Elias said...

tahun ni pulak akak beriya2 beli kuih2.. sebab kat kampung raya pertama je kuih dah habis..
tahun ni mmg akak pulun membeli. hehehehe.. baju raya akak sama je sepanjang tahun.

Nina Mads said...

nasib duduk dgn mak lg mmg dia akan masak heee... xlama dh nk raya

Abam Kie said...

slow2 buat persediaan raya utk anak2. yg kita ibubapa ni cukuplah beli sehelai baju baharu je sbb hampir setiap bln beli baju..

aprilia said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LINK: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1MCknzChWzo-boZk47JCqMenUyVziy5zwg1SKVtaPZ78/edit?usp=sharing