Tuesday, June 26, 2018

2nd week of Syawal

Assalammualaikum semua...

Amacam weekend uolsss, mesti berderet list jemputan open house ni. Iolsss tak hot in the market, so jemputan tu suam2 kuku sikit la 😄

Sabtu lepas hujan bukan main lebat lagi. Kebetulan pulak masa hujan turun saya dan suami baru je nak keluar dari rumah. Plan nak ke office sekejab, do some work about less than 1 hour...suami tunggu dekat bawah dalam hujan lebat tu. Saya cuma ada masa Sabtu saja di rumah, semuanya dah plan nak buat pada hari yang sama sebab Ahad saya dah travel semula. 

Selepas selesai semua kerja di office, terus ke Melawati Mall...cari barang2 air purifier. Ada balance 1 botol oil essential tapi saya ni suka tukar2 bauan, maka ingin la jugak nak cari oil essential yang lain jugak sambil2 cuci2 mata tengok baju2 raya...standby kot2 ada yang nak jemput iolsss ke jemputan open house uolsss 😅 Banyak la haiii baju2nya, cantik2 pulak tu dan harga affordable range jugak. Tapi kenapa sebelum raya ari tu harga baju kemahen nak "membunuh" sangat!!!

After Melawati Mall, ke Tesco Ampang...beli cat food (sekarang ni dah tukar makanan kucing brand Tesco). Selain tu nak beli weekly grocery jugak, suami tinggal sorang nanti pandai2 la dia nak hidup kan...rajin masak, tak rajin pegi la makan luar je. Beli jugak barang2 untuk nak masak on Sunday.

Settle beli barang2 dapur, pegi selfservices dobi dekat Bandar Baru Ampang. Suami dah sakit kaki waktu tu tapi dia berkeras nak jugak settle kan semua benda on Saturday, okay teruskan. Sambil tunggu pakaian siap, dinner terus di Texas Chicken Ampang. Settle semua, terus balik.

On Sunday, routine sama setiap hujung minggu. Pagi seawal 10am dah sibuk di dapur sediakan makanan untuk lunch. Biasanya kalau Saturday dah luangkan masa di luar rumah, Sunday adalah hari memerap/rehat di rumah saja. Honestly walau ada jemputan sekalipun saya memang jarang nak penuhi kecuali jemputan dari ahli keluarga. Hari2 keluar rumah, sehari saja peruntukkan masa dalam rumah adalah sangat NIKMAT ye...Menu lunch hari Ahad, western style 😆 

 salad

chicken grill

Petang about 6pm dah keluar untuk ke KLIA airport, flight 945pm. Travel again sampai Khamis ni. See uolsss then later ya 😉

7 comments:

Normi Nieza said...

selamat hari raya anne..:)

dear anies said...

ok mggu ni saya datang serbu. kata ada open house kan? hahaha

ejulz said...

seronok kalau banyak buat open house.. lagi2 gaji jauh lagi ni. hehe

Skin Care Terbaik said...

Salam Aidilfitri, nmpk sedap betul salad tu...yummy!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Woww!. I love salad.

Aiezza Sue said...

macam menarik jer chicken grill tu...

aizamia 3 said...

Simple but nice.. saya suka.. ;)