Monday, June 11, 2018

4 days more

Assalammualaikum semua...

Hujung2 Ramadhan, dah mula ada rasa sayu dalam hati. 
Hujung2 Ramadhan, dah mula rasa rindu untuk Ramadhan akan datang.
Hujung2 Ramadhan, dah mula rasa bercelaru antara nak raya sakan dengan makan or mula ganti puasa dan terus buat sunat 6 hari...perh ini pun menjadi masalah jugak ek, kalut betul kami ni kan 😛

Sekarang ni dah tak kuasa nak gegas2 balik masak, kan sekolah dah start cuti + ramai jugak kot yang dah start cuti raya (bagus la pakej macam ni, sekali balik raya je). Kami yang ala2 tak cuti ni boleh pegi/balik kerja dengan gumbiranya bcoz no jammed 🙌 

Saya dah start berbuka dekat luar or masak yang simple2 je, nasi memang takde dah. Maleh renyah2 dekat dapur, mood nak gantung periuk kuali je dah ni. Bukannya ape, kalau masak mesti akan ada lebihan makanan + lepas tu simpan + lepas tu balik kampung raya + lepas tu bawak lagi makanan balik. Alamatnya mau kami tambah peti sejuk baru nanti 😜 > nampak tak motip penting dekat situ. 

Jumaat lepas lepas magrib dekat rumah, sebelum nak pegi terawih tu kami singgah makan dekat area rumah je. Asalnya nak makan selepas terawih tapi mata kami ni tak tahan mengantuk, by time terawih habis...mata kami pun dah nak tertutup. 




Dah, ini je nak citer. Takyah la nak review2 makanan ni, sama je rasa sedapnya dengan sebelum ni 😪

Sebelum terlewat...di sini saya ingat meminta maaf andai ada kata2 dalam setiap entry atau komen saya yang menyakiti hati kalian semua. Maklumlah sekarang ni kuasa jari lebih berbisa dari segalanya.  Semoga Ramadhan yang bakal kita tinggalkan memberi pengajaran dan ilmu untuk diteruskan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin...

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

x sabar nak raya

dear anies said...

amboi mkn mcm2 ya ;-)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saya plak tak dpt nak gantung periuk skg ni. Manjang somi and anak2 asik request suruh Mama dia masak.

ejulz said...

rasa syg pulak nak minum air tu. hehe

ayunie ramli said...

selamat hari raya. maaf zahir batin ye.

Siti Yang Menaip said...

cepatkan terasa ramadhan kali ni berlalu pergi.. tup tup raya da =)