Monday, June 18, 2018

Dah mula kerja

Assalammualaikum semua...

Selamat hari raya, maaf segala salah silap penggunaan bahasa dalam setiap entry saya.

Hari ini saya dah mula masuk office, dalam erti kata sebenar...takde ambik extra cuti raya pun. Hanya gunakan cuti yang diberikan aje. Saya kampung takat Negeri Sembilan saja, jarang balik Terengganu kalau raya puasa ni. 

Macam mana sambutan hari raya angpa semua? Kami biasa2 aje, tak complete semua adik beradik berkumpul. Kakak sulung tak dapat beraya sama2 sebab routine cuci darah hari jumaat, jadual dah tetap. Kalau nak tukar kena suka sama suka dengan orang lain yang memang tak akan dapatlah kan kalau dah tarikhnya jatuh pada hari raya pertama. Maka list kakak and family out. Kami dapat beraya dengan kakak semalam hari raya ke 3 sebelum balik ke Ampang. 

Abang pulak memang turn beraya di rumah mertua tahun ni sebab mertuanya sorang saja. Anak2 yang lain beraya di rumah mertua mereka2 kot. Pun dah out satu family. Tapi abang balik beraya dengan kami petang raya pertama. 

Semalam semuanya dah balik ke tempat masing2, official tutup rumah parents. Tunggu lah next raya pulak, raya haji untuk berkumpul sekali lagi. 

Penangan makan tak berhenti masa sebelum dengan selepas raya, sekarang ni sungguh punya tak lalu nak makan nasi + rendang ayam/daging. Hari ni dapat sepotong kek, NIKMATnya tak terkata uolsss 😀 Plan nak puasa ganti dengan sunat syawal tapi masih berhalangan. InshaAllah minggu depan boleh teruskan niat yang satu ni dengan suami, dia pun sama terOVER makan masa raya. 

Nak tau, malam hari raya ke 2 lepas...kami singgah KFC nak tapau ayam goreng sebab dah jelak sangat dengan rendang2 ni. 10pm ayam KFC SOLD OUT hokey 😞. Berada di pekan kecik, jangan harap nak ada option lain, mamak pun tak boleh nak pilih2. Sudahnya balik rumah dengan harapan adalah kedai makan dekat2 rumah yang dah mula berniaga. Masa lalu tu memang nampak ada kedai makan yang bukak tapi customer...perh beratur tunggu meja kosong. Okay, batal niat nak berhenti jugak. Akhirnya sepakak semua setuju nak pegi mamak dekat Gemas saja, one and only mamak yang ada berhampiran dengan TF Gemas. Macam2 drama jugak dekat mamak tu, maleh nak citer je. Yang penting kami dapat makan dekat situ akhirnya. 

Orang Sarawak mesti kenal buah ni kan...ini buah dabai. Ex boss saya bawak dari kampung dia di Betung. Mula2 makan buah ni dulu memang pelik je rasa tapi dah setiap tahun dapat buah ni, lama2 rasa sedap pulak...lemak2 gitu. Buah ni pun season jugak kalau tak salah. Pokok sendiri katanya, dapatlah merasa buah2 yang besar2 dan elok. Bahagi2 dengan kawan sorang sedikit, takdelah nanti terbuang. Suami tak pandai sangat makan buah ni, tak kena dengan selera dia agaknya. Kalau saya makan sorang banyak macam ni, memang terbuang je lah nanti sudahnya 😅

7 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Mana Ann pix berbaju raya?.

Siti Yang Menaip said...

selalunya pun meriah beraya ni raya first n second je. lepas tu masing2 tidooo je so okayla kan. apa2 pun salam aidilfitri =)

Warisan Petani said...

Selamat hari raya

Cik Nor said...

selamat hari raya anne..:)

fatmasha said...

Selamat Hari Raya Ann..Maaf Zahir dan Batin..Selamat bekerja hihi

Nina Mads said...

selamat hari raya MZB ann... maaf kalau ada salah silap.

dpt juga berkumpul. rendang2 dh makin bosan tp mkn juga.

aiezza.sue said...

buah dabai ye?...beraya tu hari jumpa buah keriang dot..seakan pulak buah nya ponnnn.