Monday, June 4, 2018

Jus kurma

Assalammualaikum semua...

Iolsss dah ada mood raya ni, tambah2 pulak sekarang ni lagu raya dah keluar kat radio...tiba2 feeling 'lain macam'. Bukan tak biasa dengar lagu raya dekat shopping mall yang sebelum Ramadhan lagi dah bergema, tapi feel raya tu tak sampai...tak sama kalau kita dengar lagu raya kat radio 😛

Tapi tetap takde mood nak mencari baju raya, kuih raya tu adalah sikit2 mana yang jadi favorite tu. Paling kuat pun habis makan sendiri dengan bawak balik rumah parent je. Duit raya tak tukar lagi (ini last minutes punya kerja), tak mengejar sangat duit baru...sama je kot nilainya pun. Yang PENTING, dalam kepala ni dah congak2 nak makan apa di malam raya dan pagi raya (wajib pikir walaupun orang lain yang kena masak) 😜  

Okay sepanjang Ramadhan ni, ada yang tanya saya macam mana simpan tenaga sepanjang hari untuk kekal cergas (macam iklan le pulak). Tapi alhamdulillah saya tak mengalami rasa mengantuk/tak semangat sepanjang waktu berada di office. Waktu lunch still boleh ke gym kalau masa mengizinkan or petang tu wajib berlari sejam di kawasan rumah. Rahsianya...😝

Takde rahsia apa pun, cuma makan kurma je. Kita sedia maklum khasiat kurma tu macam mana kan, hahhh jangan share je WA khasiat kurma tanpa membacanya. Sebelum share info, kita sendiri kena pastikan yang info yang kita nak share tu berguna dan mendatangkan faedah pada orang lain jugak. Ini tidak, balik2 duit berbag2, jam tangan beg tangan memahal tu je rajin bebeno nak share kan....ish takdo pekdah langsung 😠

Back tu topic above, dah mengarut pulak hujung2 tu. Selain dari saya amalkan memakan kurma setiap kali berbuka dan bersahur, saya jugak sediakan jus kurma. Biasanya saya akan blend kurma dengan oat bersama honey dan susu. Ada jugak yang dah ready made di pasaran tapi saya lagi prefer buat sendiri, boleh la nak lebih2 sikit ingredient tu.

Dah tu je rahsianya pun, inshaAllah tak rasa lapar dan sentiasa bertenaga je. Bagus untuk diet seimbang, rather makan product kurus pelik2 tu kan...upsss terbawang sudah 😷

5 comments:

dear anies said...

nak sikitttt

Mia Liana said...

nak buat... tapi tak terbuat-buat... hihihi

Aiezza Sue said...

sedap tuu..ada la jugak buat sekali dua time sahur,
haih! malas kemain bab2 dapur puasa kali ni..hihi

Abam Kie said...

semakin ke penghujung Ramadhan semakin x selera nak makan sahur.

Siti Yang Menaip said...

insyallah memang kurma antara penyumbang kenapa kecergasan. CT pun selalu makan at least 3 biji setiap pagi for sahur sebab tak suka makan heavy. tapi makan saja sebab tak suka susu so xleh blend gini =)