Friday, June 22, 2018

Kek Lemon

Assalammualaikum semua...

By this time mesti ramai yang dah mula masuk office semula after long holiday for hari raya accept kepada cikgu2, minggu depan baru musim sekolah bermula. Saya ni mujur saja dah booked return flight tiket ke KL awal. Dengarnya flight fully booked untuk today's destination Johor - KUL.

Masih dengan mood raya, weekend ni dah mulalah jemputan rumah terbuka pulak. Dah namanya raya sebulan kan 😀 Mana yang sempat tu saya datang, yang tak sempat tu jangan marah ye. Tak terkejar la kalau destinasi tu jauh2, harga minyak petrol mahai weh.

Last Monday night sebelum saya outstation to Johor, sempat sediakan kek lemon untuk suami. Dia request nak makan kek, muak katanya asyik makan nasi sepanjang musim perayaan yang lepas. Biarlah dia layan makan kek pulak sampai muak pulak ek 😁 Resepi ada di bawah 👇 

185gm butter - suhu bilik
3/4 cawan gula - boleh lebih kalau nak manis
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 biji telur 
1 1/2 cawan tepung naik sendiri - saya guna tepung gandum + baking powder
1/2 cawan gula
1/4 cawan jus lemon

Pukul butter, 3/4 cawan gula dan parutan kulit lemon hingga rata. Masukkan telur selang seli dengan tepung sehingga habis dan kacau rata lagi. Selepas itu masukkan adunan ke dalam loyang yang dah di gris dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak. Saya tu terlebih bakar, tu yang golap sikit kejadiannya.

Untuk sirapnya, campurkan 1/2 cawan gula dan jus lemon dan siramkan ke atas kek yang masih panas. Nanti akan terjadi kejadian lapisan gula atas kek tu nanti dan kek menjadi moist je.

Dah itu je nak citer minggu ni. Kita ketemu lagi minggu depan ye...

5 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedapnyaa.

Farhana Jafri said...

wahhh jarang orang nak buat kek lemon ni

Putri said...

Saya mls nk parut kulit lemon..tp sometime memang teringin sgt nk mkn

Anis Azalea said...

Nanti datang rumah bawa kek tau. Sepotong pun jadik k.

aiezza.sue said...

lemon dah ada nih...boleh try ;)