Wednesday, July 11, 2018

Kafe Masakan Terengganu Asli

Assalammualaikum semua...

Teringin atau mengemari hidangan makanan dari Terengganu?!!

Kafe Masakan Terengganu Asli, tidak dekat pun dengan rumah saya tapi sebab saya memang suka makan makanan dari kafe ni. Untuk menolak keinginan tu payah sikit. Almost every month saya datang ke kafe ini untuk sepinggan nasi dagang atau pun semangkuk laksam 😀 Keropok lekor yang belum digoreng juga ada jual di sini, in vacuum seal. 

Laksam, starter gitew. Datang waktu sarapan pagi, berpeluang dapat makan laksam. Kalau datang waktu lunch, takut takde rezeki. Cepat habis jugak laksam ni. Yang penting, sambal belacan best. 

This WAJIB order setiap kali datang sini, nasi dagang. Rasa memang menepati selera saya, tak pernah mengecewakan. Details;

Kafe Masakan Terengganu Asli
Masjid Bandar Kinrara 5
Jalan BK 5/1, Bandar Kinrara
Open: Selasa hingga Ahad
Waktu Operasi: 8am-10pm

P/S: kafe memang dalam kawasan masjid, tak perlu kalut2 nak mencari tempat solat 😁

6 comments:

Anis Azalea said...

Teh tarik dan nescafe tarik dia sedap wehh

ejulz said...

terbaek :) mesti sedap ni :)

Azian Elias said...

seronok kan sesekali.. sebulan sekali kira ok sangat tu..i pun suka.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedapnyaa!. Lapo Ahkak!.

Muis Ismail said...

masakan pantai timur mmg sedap sedap..
btw sy org kelantan.
nasi dagang kami beras kaler gelap.
takde acar timun mcm nasi dagang terengganu.hihi

E'in said...

Laksam tu paling suke!!