Wednesday, July 4, 2018

Kenduri kawin during raya

Assalammualaikum semua...

Selain dari sibuk dengan jemputan open house sana sini situ, kenduri kawin pun tak kurang hebatnya jugak. Sekarang ni macam 'in trend' majlis kenduri kawin merangkap open house besar-besaran tuan rumah untuk tetamu jemputannya. 

Saya pernah ada pengalaman attending this kind of majlis kawin pada hari raya ke 3. For my personal tough, majlis ini lebih kepada ahli keluarga jauh dekat berkumpul dan bertandang memeriahkan majlis kawin dan secara tak langsung berkumpul menjadi keluarga yang besar. Untuk tetamu jemputan pulak hanya boleh dikira beberapa orang saja yang hadir. Dah raya ke 3, mesti masih ramai lagi yang beraya di kampung kan. Pada saya, lebih baik buat majlis kawin seminggu selepas raya pertama, at least tetamu lain selain dari ahli keluarga dapat menghadirkan diri. Masa majlis tu, saya dan suami memang rasa agak awkward jugak sebenarnya...eh2 macam kami ahli keluarga pulak walhal tak kenal pun sedara mara depa. Singgah majlis kawin ni pun sebab sekali jalan untuk balik ke Ampang dari kampung selepas cuti raya hampir habis.  

Lepas pada majlis kawin tu, 'taubat' tak nak attend any majlis kawin masa raya 😐 Itu cuma pengalaman saya, maybe not the same macam korang2 ye.  

Last week another jemputan kawin tapi kali dah 2 minggu raya pun, saya rasa macam biasa saja. Bukan kendurinya makanan tak sedap ke hapa hokey tapi maksud 'macam biasa' tu rasa seperti menghadiri kenduri2 kawin yang lain. Terasa meriah dengan tetamu ahli keluarga, rakan taulan...saya pun boleh jumpa kawan2 yang lain jugak dalam majlis yang sama, tidaklah rasa macam terpingga2 dalam majlis orang. 

Cuma saya lambat sampai, jammed bagai nak gila last weekend. Bukan lambat sikit tapi lambat sangattttttt, 3pm baru sampai. Ingatkan saya yang paling lewat sampai tapi rupanya ada lagi yang baru sampai selepas kami, reason yang sama jugak. Yang lebih tragis, makanan dah habis...maklumlah tuan rumah tokey caterer, sodap la makanannya + memang tuan rumah masak sendiri. Masa kami sampai tu, terus kena arah anak bujang mencari kedai2 makan yang bukak untuk bungkus makanan pada tetamu yang baru sampai, ko ngase?!!! 

Saya ni rasa nak tegah je tuan rumah dari buat macam tu sebab kesian, dah lah penat melayan tetamu yang ramai tadi lepas tu kena keluar duit lagi untuk beli makanan untuk kami2 yang lambat sampai ni. Hakikatnya waktu tu memang saya lapar sungguh2 dan berharap dapat makan nasi kenduri kawin ni 😛 Tapi dapat makan 'nasi bungkus' kenduri kawin pun jadilah 🙈

Dalam situasi ni tiba2 saya teringat, orang2 vateran pernah cakap 'tak elok' kawin dalam bulan Syawal. Katanya bulan Syawal ni sebagai 'bulan apit'. Entah la. Pernah tak korang dengar perihal ni? 

2 comments:

dear anies said...

'open house' tp ada pengantin ;-)

wahida said...

mmg skrg ni dah mcm trend...
macam makcik i baru ni buat majlis bertunang dlm bulan syawal baru2 ni...tapi majlis bertunang je la...hehe...