Thursday, July 5, 2018

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Assalammualaikum semua...

Kecoh la hai sekarang ni rata2 orang bercerita pasal penangkapan bekas perdana menteri kita Datuk Seri Najib Razak atas pertuduhan dalam isu 1MDB. Ramai yang komen macam2 sampai ada yang bertindak diluar kawalan pun ye jugak. Agak2 la kalau nak bertindak/berkata2 pun, ingat kita ni ada ALLAH yang Maha Melihat. 

Maklumlah kita ni kalau 'membawang' memang seronok, bertambah seronok kalau banyak tokok tambah rencahnya 😥

Pada saya semua ni berkait dengan BERKAT. Setiap apa yang kita 'ingin' kan mesti seiring dengan usaha, walaupun apa yang kita 'ingin' itu memberi kesan baik buruk kelak (dalam sedar atau tidak sedar). Ko ingat senang nak kumpul duit senggit sehari dari hari pertama ko melihat duniawi ni, ape tah lagi nak cukupkan 5-6 beg banyaknya masa hari tua nanti. Keluar semua duit EPF pun tak cukup tau 😨

Dah lah, tinggalkan kisah bawang putih bawang merah tu. Kita hanya mampu melihat/mendengar, selebihnya biarkan yang bijak pandai menjalankan tugas masing2. 

Lepas puasa dan raya ni, teringat2 sambal belacan meletops Mat Rock. Sambal yang sampai sekarang saya tak pernah berani lagi mencubanya, kalernya aje dah cukup gerun. Tapi kalau nasi dengan ayam goreng kunyit tu memang KEGEMARAN sangat. Menu hidangan yang simple, boleh makan lunch hari2. Sungguh ni, saya memang suka menu macam ni.

Malam Isnin yang lepas, pegi dinner dekat kedai makan Mat Rock, area Pandan nun. Suami yang nak sangat makan masa tu, katanya dekat tempat kerja susah nak jumpa menu macam gini. Tunggu kalau ada budak2 office mate yang nak buat delivery, baru dia tumpang order sekali.

Order menu yang sama, nasi dengan ayam goreng kunyit. Masalah kejadian 'luar biasa' saya nampak. Ada Indian couple masuk selepas kami masuk. Order makanan yang sama kami order. Yang menjadi 'luar biasa' tu, saya lihat couple ni kemahen kuat makan pedas. Saya rasa sambal belacan tu memang 'meletops' punya pedas tapi diorang boleh mintak lagi extra sambal balacan dan makan sekali siap gaul2 dengan nasi. Makan selamber weh, jah rasa macam nak tercabut rahang gigi 😮 Gilor power lidah perut diorang ni.  

Minuman pulak, suami order sirap bandung soda dan air hijau ni saya punya. Tingat la dulu kawan saya pernah buat air ni, jimmy asmara nama airnya. Sedap tapi kawan 'kedekut' tak nak share resepi. Sekarang ni tak payah susah2 lagi, datang makan dekat Mat Rock ni sure saya order air ni, tak payah nak mintak resepi sangat 😵

Attached sekali phone no kalau2 la korang nak buat delivery area KL ni. Yang jauh2 tu cubalah cari, mesti ada yang jual makanan yang similar macam ni. Selalunya nasi budget mesti ada menu macam ni. Sedaplah untuk lunch kalau di office, tak renyah sangat. Takde kuah2 bagai, cuma kadang2 minyak gorengan tu pulak bertukar menjadi kuah 😷

1 comment:

Nina Mads said...

pernah minum air nama jimmy asmara hahaha.. sedap menu bila nampak pg2 ni