Monday, July 30, 2018

Novel ke drama

Assalammualaikum semua...

Korang ingat tak novel femes amous suatu ketika dulu, 13 JAM A380 by Evelyn Rose. Meh saya up sikit sinopsis;

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru. Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara. 


"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah. 


Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya. 


"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI 


"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA 


"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI 


"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA 

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta... 


“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR 


Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

Okay sekian untuk ulasan novel. Banyak menang anugerah novel ni ye, dan sekarang khabarnya novel ni dah di dramakan. Berita baiklah pada yang suka melayan drama melayu yang "drama lah sangat" itu. Heronya pulak memang menjadi pujaan malaya masa kini, Zul Ariffin tapi heroin nya masih dirahsiakan. Sapalah wanita tersebut ye?!!! 

Saya nak tunggu sapa heroin nya itu, kalau batch2 Hana Delisha tu...erm lomah la nak tengok. Saya memang dah lama sangat tak follow drama2 melayu ni + sekarang drama tah ape2 (sorry pada penonton2 drama tegar ye), tak boleh nak digest jalan ceritanya. Lebih fantasi dari realiti 👰 Sampai satu tahap dah naik meluat pun ye jugak, jujur ni tau.

Last 2 weeks struggle cover orang punya kerja walaupun kerja sendiri banyak dan takde pulak nak tolong cover (double kerja disitu), kalau cover kerja orang lepas tu gaji di bagi ke kita base on how long cover ok jugak 😔 nan ado lah kan terjadinya. Pasrah je, sedekah biar ikhlas...

Last week Thursday my bro buat operation on his jantung menggunakan machine yang PERTAMA kali digunakan di Malaysia. Dia buat operation pun on recorded sepanjang procedure berjalan selama 5 hours. Supplier for the equipment pun ada sama. After 5 hours, procedure 100% berjaya dan my bro dah keluar dari hospital on the next day nya (Friday last week). 

Last week Friday jugak was my last day menjadi tukang cover kerja orang 🙌 (double happy). Terus plan untuk overnight di Kota Damansara, rumah my bro to menjaga dia. Tak jaga sangat tapi lebih kepada menemani him coz my sista kena ke Melaka for attending report card day anak di sana. Seharian on Saturday tu saya bawak keluar pegi breakfast di Ravi, masak asam pedas for lunch dan dinner di Kayu mamak. After done all, balik ke Ampang. 

Ahad bermula routine biasa, lari selepas subuh. Sediakan breakfast (kue tiaw goreng) dan tido 😀 Nikmat ape tido tengah hari lepas makan ni, bila lagi nak merasa begitu 'berehat'nya badan kan. Petang lepas asar bergerak balik ke Seremban sebab pagi tadi dah kena ke airport, back to reality huhhhh 😞

3 comments:

Farhana Jafri said...

haritu katanya hannah delisha. Tapi Hannah berlakon not bad jugak lah nak compare dengan Ayda Jebat ataupun Janna Nick.

Azian Elias said...

Now banyak sungguh novel ke drama ye. Kalau zul, i sokong 200%..hehehehe

aiezza.sue said...

I suka lakonan sapa tu..hero "Pulang" lupa pula nmanya,ada tgk promo bakal berganding dengan mirafilzah Kat tv3...🤗eh,ke laut plan komen pon