Saturday, July 21, 2018

Susu badan

Assalammualaikum semua...

Today nak tanyalah dekat ibu2 hebat semua, macam mana caranya nak perbanyakkan susu badan. Tak semua ibu2 yang mewah dengan susu badan kan, ada yang mencurah2 rezeki anak, ada tu pulak sikit dan ada jugak yang takde langsung. There is a petua2 tertentu kan untuk perbanyakkan susu badan, mostly yang saya dengar dengan cara pemakanan. Cuma kalau menyusu badan ni tidak semua benda pun yang boleh ibu2 makan, betul tak?!!!

Baby kan fragile, ibu2 hebat macam korang mesti AMAT menitikberatkan soal pemakanan kan. Dah katanya apa yang ibu makan, anak pun makan jugak 😀

Ini bertanya sebab my friend punya baby kena jaundice dah hampir 2 weeks lamanya. Doctor kata maybe sebab susu ibu tidak mencukupi dan kalau boleh tidak mahu bagi susu formula. Tanya iolsss yang ada ramai anak bulus kecik, memang payah nak advise petua2 banyakkan susu badan ni 😸 Setakat basic minum air masak banyak2 sampai kembung, frequent pump, makan kurma, makan sup lobak putih tu inshaAllah...tau lagi. 
   
Jangan pulak pegi makan benda2 sejuk macam ni. Memang sedap di tekak cuma nanti tak larat pulak melayan kembung baby.


Tadi dapat makan rojak dengan cendol....perhhhhh nyaman. Selamat berhujung minggu uolsss 😁

12 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kalau emak saya dulu.. dia kata makan pucuk betik yg pahit tu tujuan dia sbb nk bykkan susu badan. Wallahualam ler. Tak sanggup ai nak makan!. Kebetulan tiap kali bersalin alhamdulillah.. takde masalah tu plak.

Anis Azalea said...

Hehe aku ada buat post pasal milk booster. Tp kan lain org lain keperluan.

QasehnyaRania said...

sy hari tu alhamdulillah dpt susukan rania genap 2tahun cukup.
sy ambil kurma, minum air suam sentiasa. nasi makan mcm biasa..
pantang ais, minuman sejuk, pe semua..
makanan sejuk pon pantang juga..
makanan pedas pon sama..
risau kot anak tercirit plak nnti.. hihi
satu lagi sy consume ephyra masa tu..

Farhana Jafri said...

kawan mak dulu ada juga masalah kurang susu ni tapi lepas amalkan minum susu kambing campur badam, dah okay dah bab menyusu. Tapi badan pun naik jugak lah sampai sekarang susah nak turun

Cik Nor said...

sedapnya cendol tu..:)

ain.ya.nun. said...

Milk booster ni ikut org juga kot. Macam saya, kalau makan nasi baryani, memang melimpah ruah susu. Haha.

wahida said...

ya Allah kesiannya kat baby tu, sampai 2 minggu jaundice..huhu...

Kak Mahh said...

Sedapnya menu dalam gambar . Harap ada peluang makan yang sedap begini.

Abam Kie said...

anak sy yg bongsu ni langsung x nak minum susu ibunya. jd terpaksa bg susu formula.

Jaja Zaleha said...

Pengalaman setiap ibu tak sama kan. Tapi memang setuju pun, pemakanan ibu2 kena jaga :)

Azian Elias said...

kalau zaman akak dulu, akak hanya minum quaker oats tu pekat2..memang mujarab.

Siti Yang Menaip said...

ibu menyusu memang kena jaga makan sungguh2kan.. tabik tabik =)