Saturday, August 18, 2018

Maruku dan manisan india

Assalammualaikum semua...

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya Idul Adha, less than a week je lagi. Sedih sikit raya kali ini, berjauhan dengan suami. Saya tak dapat balik pada hari raya pertama tapi akan balik pada malam hari raya ke 2. Still hari raya lagi cuma tak dapat solat sunat hari raya bersama je. Tak mengapalah, berKORBAN kita kali ini. Bukan dugaan besar sangat pun kalau nak dibandingkan dengan yang lagi jauh jaraknya dari keluarga tercinta. Bahagian masing2, dugaannya pun lain2 jugak 🙇 Cuma yang seronoknya tahun ini saya tunaikan ibadah korban di Johor, tempat saya bekerja...sunat kan kalau dapat tengok binatang sembelihan korban kita sendiri. 

Kenal ini kudapan, memang BELI kalau jumpa ni. Saya dan suami memang suka maruku, sanggup beli 1/2 kilo pelbagai jenis kalau terjumpa. Dalam kereta, depan tv ada je balang isi maruku ni. Ralit kalau dapat makan, susah nak berhenti...macam ada 'hantu' pulak rasanya 💀 

Bila dah nak dekat2 Deepavali tu lagi meriah, saya memang suka la memborong maruku masa ni...macam kita pun sama nak raya gayanya. Sanggup malam raya pegi jalan dekat Jln TAR tu melihat suasana orang nak beraya. Tak banyak beza pun persiapan raya mereka dengan kita cuma mereka's ni ada cara sendiri untuk meraikan perayaan agama mereka. 

Bukan setakat maruku yang saya suka, manisan India juga tak terkecuali. Manis tu memang manis tapi sedap di tekak ku gitew. Kadang2 saya rasa tekak saya memang sangat suka makanan kaum India, kari tu kalau ada memang tak totak la. Makanan indian vegetarian, banana leaf tu, ermmm WIN dah 😀😋  

Antara manisan yang sering ada dalam ais gobok kami, ladoo n mysore pak. Saya dengan suami memang suka makan manisan masa tea time petang2 dekat rumah. Kadang2 masa breakfast pun kami belasah jugak makan benda2 manis ni in case malas nak sediakan sarapan, benda yang ready to eat...belasah je la. 

Walaupun semua tu manis2 tapi saya masih kekalkan gaya pemakanan yang betul. Tidak la asyik makan benda manis2 ni je hari2 walaupun stock tu sentiasa ada. Makan bila perlu sahaja, selebihnya kami lebih banyak makan buah2an + minum bergelen2 air putih. Dekat rumah je pun, tak kisah berapa kali nak pegi toilet takde sapa nak kisah 😆

2 comments:

dear anies said...

penah mkn sekali je kot manisan ni... mmg xtahan laa dgn dia punya manis tu waduhhh

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ada member aritu Nepalese buat 1 manisan India upload kat IG.. sampai skg Kak Mirror terliur dan terbayang2. Ingat esok nak carilah kat 1 kedai halal tu.