Monday, August 6, 2018

Nasi ambeng dan berat

Assalammualaikum semua...

Paneh aiii sekarang ni, malam tadi rasanya tak lena tido sebab kepanasan. Baca doa turunkan hujan tapi tak turun2 jugak, agaknya doa tu tak cukup ikhlas lagi gamaknya 😟 Pagi semalam dekat area rumah saya tu adalah renyai yang kalau ikut kiraan masa tak sampai 10 mins kesan air pun hilang. Memang sikit je dan tak mampu membasahkan jalan badan saya yang sedang berlari masa tu. Harap2nya hari ni turun la hujan...ameen.

Gambar di atas ini adalah sejenis makanan yang di beri nama NASI AMBENG. Ini adalah PERTAMA kali saya makan sejenis makanan ini. Jangan kata hakak kampung sangat ye jah, cuma hakak bukan datang dari kampung jawa or keturunan jawa je. Katanya makanan ini adalah asal kelahirannya dari Jawa gitew. 

Post jugak makanan ini dalam IG tapi ramai yang kata nasi ambeng bukan gaya gitu. Ini bukan hasil tangan hakak hokey, beli semalam dekat gerai jualan sarapan pagi area rumah. Dah makcik tu kata ini adalah nasi ambeng, maka pelajaran pertama hakak semalam adalah mengenali rupa paras nasi ambeng serupa dalam gambo tu. Kalau makcik tu punya nasi ambeng tidak seperti yang sepatutnya...bukan salah ibu mengandung hokey 😎

Saya setakat ini merasakan diri ni macam okay je, berat maintain or dalam erti kata sebenar bertambah sikitttt la berat badan sebab kurangnya senaman sekarang ni. Semalam timbang menggunakan alat penimbang yang diyakini baik keadaannya tanpa sebarang sabotag dari insan2 yang merasakan dia yang paling ringan 😅

Anggapan ku tidak benar sama sekali. Rupanya berat badan makin menurun dari berat asal 3 bulan lepas adalah 51kg. Makan adalah berselera naga tapi rasanya hakak mem'bela' kot, belaaan hakak tu makan sorang je rupanya...tak share kekenyangan dengan hakak ni. Nak sekolah kan belaan hakak lepas ni la, REZEKI dikongsi bersama.  

4 comments:

ejulz said...

sedap ni :)

Farhana Jafri said...

adoiii makan banyak tapi turun, indahnya perasaan tu kak

Miss Mirror a.k.a Sam said...

49kg?. Tahniah!!.

dear anies said...

tlg pindahkan berat tu kt sy hahahaha